Monday, March 09, 2009

Bahana Rokok!






Gambar-gambar ini aku petik dalam akhbar Berita Harian. Ini adalah salah satu pendekatan yang baik diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu cara untuk menyedarkan orang ramai / perokok-perokok mengenai kesan bahaya merokok. Jika ditengok, memang ngeri yang teramat sangat. Sebelum ini ada juga cadangan yang akan diambil dengan memaparkan gambar-gambar sebegini pada kotak rokok, namun sampai ke hari ini aku tidak pernah nampak lagi gambar ini pada kotak rokok. Diharapkan agar Kementerian Kesihatan dapat mempercepatkan pengeluaran 'grafik edisi baru' pada semua kotak rokok di Malaysia!. Di negara Thailand misalnya, cetakan gambar kesan merokok pada kotak rokok sudah sekian lama diperkenalkan, mungkin dah berpuluh tahun. Ini kerana aku pernah melihatnya entah 4 atau 5 tahun yang lalu lagi. Ini boleh lah dikatakan psikologi kepada para perokok, mungkin dengan melihat penyakit-penyakit kesan daripada merokok ini akan sedikit sebanyak dapat menyedarkan mereka mengenai bahayanya merokok, terutamanya kepada para remaja / anak sekolah yang baru nak belajar merokok.

P/S: Nasib baik aku tak merokok.... :)

Monday, March 09, 2009

Kalah Lagi!!


Chong Wei, apa dah jadi??

Super Dan yang angkuh


19-21, 12-21!. Itu lah keputusan yang diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei semasa bertemu dengan Lin Dan di final Badminton All England malam tadi. Geram, aku memang geram melihat aksi Chong Wei setiap kali bertemu dengan Lin Dan yang angkuh itu!. Chong Wei bukannya tidak boleh menang dengan Lin Dan, dengan syarat beliau perlu mengubah sedikit corak permainannya apabila bertemu dengan Lin Dan. Tidak dinafikan bahawa Chong Wei boleh menang dengan corak permainannya ketika bertemu dengan jaguh lain, tetapi tidak dengan Lin Dan!. Corak permainan Lin Dan boleh dikatakan perfect, manakala Chong Wei selalu sahaja melakukan silap apabila berlawan dengan Lin Dan. Kurang smash, itu lah kelemahan Chong Wei, manakala Lin Dan selalu sahaja melakukan smash ketika berpeluang dan selalu mendapat mata mudah dengan smash. Ketika Chong Wei melakukan smash, kebanyakannya akan memberi mata, tapi sayang aksi itu terlalu jarang dilakukan oleh Chong Wei. Beliau lebih gemar melakukan drop dan hantar bulu tangkis ke belakang sahaja sehinggakan banyak bulu tangkis yang out. Selain daripada itu, Chong Wei nampaknya selalu sahaja ingin bermain di net apabila diperangkap oleh Lin Dan walaupun permainan di netnya asyik menjadi habuan Lin Dan. Setiap kali bertemu dengan Lin Dan, sepatutnya Chong Wei boleh menang, itu lah kebenarannya. Tapi sayang, beliau selalu ’membunuh diri’ apabila berjumpa dengan Lin Dan.


P/S: Apapun, tahniah kepada Chong Wei kerana hanya beliau sahaja harapan badminton negara....