Malam tadi semasa saya pergi bermain badminton di Dewan Seri Putra (dewan umun FELDA Palong Timur), sekali lagi saya nampak sekumpulan belia felda (yang bakal mencorak masa depan negara) sedang berlatih satu tarian baru dalam kalangan remaja sekarang ini. Saya pun sebenarnya tidak berapa pasti apakah nama tarian terbaru yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini, mungkin 'Suffle Dance' (ntah betul ke tidak ejaannya) dan tarian ini mesti diiringi oleh muzik hip-hop yang kuat...semakin kuat semakin rancak agaknya. Sebelum ini pun sudah beberapa kali saya nampak mereka bermain dan daripada kalangan mereka ini termasuk juga daripada pelajar-pelajar sekolah saya! Setahu saya, jika hendak menggunakan dewan tersebut mestilah disewa, cuma saya tidak pasti berapakah harganya, inikan pulak bila menggunakan kemudahan elektrik untuk memasang PA sytem sendiri. Memang geram bila tengok, STF (Skim Tuisyen Felda) tak boleh datang, tapi pergi menari boleh pula, pelajar-pelajar tingkatan 2 pun dah ada yang terlibat sedangkan musim sekarang adalah musim peperiksaan akhir tahun. Yang peliknya, kenapa ibu bapa tidak mengambil peduli mengenai perkara ini? Adakah mereka tahu anak-anak mereka terlibat dengan 'penyakit' baru ini? sungguh pelik bila difikirkan. Kalau dulu mereka suka pergi tonton latihan kuda kepang, tapi setelah saya suarakan dalam mesyuarat AJK PIBG, masalah itu telah selesai....tapi sekarang timbul pula aktiviti baru di kalangan mereka. Ye lah, nak racing motor dah banyak bonggol sekarang ni..kalau tidak memang asyik memekak je malam hari. Dalam konteks ini, saya fikir penglibatan masyarakat amat perlu dalam membendung segala penyakit sosial selain daripada pengawasan ibu-bapa. Sungguh sedih melihat anak-anak muda sekarang ini,khususnya anak-anak sekolah.
Touch The Sky Before You Drop
Subscribe to:
Posts (Atom)