Monday, March 16, 2009

Baru Menang!


Malam tadi baru puas hati aku tengok perlawanan badminton Terbuka Switzerland apabila Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan yang lebih dikenali sebagai Super Dan itu. Dengan menang straight set ke atas Lin Dan (21-16, 21-16), aku percaya Chong Wei lebih berkeyakinan untuk bertemu dengan Lin Dan selepas ini. Berbeza dengan corak permainan Chong Wei pada minggu lepas semasa bertemu di final All England dengan Lin Dan, kali ini menampakkan perubahan apabila permainan di net Chong Wei tidak berjaya untuk ditundukkan oleh Lin Dan. Selain daripada itu, permainan akal Chong Wei juga lebih mantap dan taktik psikologi Lin Dan tidak berjaya mempengaruhi prestasi Chong Wei. Walaubagaimanapun, Chong Wei masih lagi jarang untuk melakukan smash dan hanya melakukannya semasa benar-benar memerlukan sahaja. Diharapkan agar prestasi beliau terus cemerlang selepas ini terutamanya semasa berdepan dengan Lin Dan. Tahniah kepada beliau….


P/S: Alangkah bagusnya kalau kemenangan ini adalah pada minggu lepas, iaitu semasa All England.