Monday, February 02, 2009

Program Tabung Kemanusiaan Paletin

Artikel ni sebenarnya aku nak publish sebelum cuti minggu lepas lagi, tapi talian internet rosak, so terpaksalah aku publishkan hari ini. Pada mingu akhir persekolahan sebelum cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, pihak sekolah dengan kerjasama Kelab Guru (BAKTI) telah menganjurkan program Tabung Sumbangan Palestin. Perjalanan program tersebut tidaklah memakan masa yang lama, hanya terlebih 10 minit sahaja daripada perhimpunan harian biasa. Tujuannya hanyalah untuk menginsafi diri daripada apa yang berlaku di Palestin, berdoa untuk mereka yang teraniaya di Gaza dan memohon sumbangan ikhlas daripada warga sekolah. Aku difahamkan pengetua telah diberi sekeping CD oleh PPD mengenai penderitaan di Palestin, tetapi menghadapi kesukaran untuk memaparkan kepada pelajar kerana tiada tempat yang sesuai. Oleh itu, ianya dicadangkang untuk ditayangkan kepada pelajar mengikut waktu Pendidikan Sivik dan Kenegaraan masing-masing di dalam Pusat Aksess sekolah, jadi tidak lah terlampau sesak. Ustaz Zulkarnain selaku pembaca doa amat bersemangat semasa membaca doa, mungkin ramai yang akan insaf setelah mendengar doanya…tanpa membelek sehelai teks pun, beliau dapat membaca doa dengan sangat lancar untuk sekurang-kurangnya 10 minit. Aku rasa cukup rugi kerana tidak dapat merakam beliau membaca doa, kalau tidak boleh dimuatkan ke dalam blog ini supaya semua orang dapat mendengar, cukup menusuk jiwa…dan ramai juga cikgu-cikgu perempuan yang menangis! Tahniah kepada Uztaz Zul dan mari lah kita bersama-sama membantu rakyat Palestin dengan seikhlasnya.