Hari ini saya menghadiri mesyuarat akhir tahun guru. Salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah mengenai Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK). Kami difahamkan oleh pengetua bahawa mungkin PTK pada tahun hapapan ada sedikit perubahan, walaubagaimanapun perkara ini tidak pasti lagi katanya. Ini adalah kali kedua saya dengar dan mungkin perkara ini boleh jadi betul. Katanya, sesiapa yang mendapat tahap yang paling rendah dalam PTK (tahap I) akan digantung selama 1 penggal peperiksaan, begitu juga bagi yang merosot pencapaiannya...contohnya mungkin kali pertama ambil dapat tahap II kemudian selepas ambil lagi PTK dan mendapat tahap I. Ini pun akan digantung selama satu penggal peperiksaan. Jika sebelum ini, PTK hanya menggantung calon yang gagal hadir peperiksaan tanpa alasan dan surat penarikan diri sahaja, tetapi mulai tahun hadapan mungkin situasi ini berubah. Alasan secara tepatnya tidak dapat dijawab oleh pengetua, walaubagaimanapun ianya mungkin berkaitan dengan kos. Kami difahamkan kos untuk setiap calon yang menduduki PTK ialah sebanyak RM70.00. Dengan itu, bagi calon yang mendapat tahap I dalam PTK dianggap sebagi tidak bersungguh-sungguh dari segi persediaannya menduduki PTK (agaknyalah) dan ini amat merugikan kerajaan. Walaubagaimanapun, saya dan mungkin juga warga pendidikan lain mengharapkan penjelasan yang sebenar dapat diberi oleh pihak bertanggungjawab. Selama ini, PTK dianggap sebagai peperiksaan yang sukar untuk lulus terutamanya untuk mendapat tahap IV – IV. Bagi saya, PTK itu ialah Peperiksaan Tipu Kakitangan! Saya rasa semua guru dan kakitangan awam pun sedar mengenai tahap ketelusan PTK ini. Sudah banyak cerita yang saya dengar, contohnya calon yang meniru semasa dalam peperiksaan (pengkhusan yang sama) dan duduk bersebelahan semasa dalam peperiksaan dan jawapannya juga adalah 100% sama. Walaubagaimanapun, setelah result keluar, hanya seorang sahaja yang lulus tahap IV tetapi lagi seorang hanya mendapat tahap III. Ini hanyalah salah satu dari ceritanya, malah banyak lagi perkara yang sama saya kedengaran. Ini adalah jelas bahawa PTK hanyalah sekadar mengaburi mata kakitangan awam! Kami faham, jika ramai yang lulus, mungkin kerajaan akan kerugian besar untuk membayar pergerakan gaji kakitangan tersebut. Selain daripada itu, kouta juga mungkin wujud dalam PTK dan mungkin kouta kelulusan (tahap IV) setiap tahun telah ditetapkan (mungkin lebih kurang daripada 10% sahaja). Jika wujudnya sistem kouta ini, sudah tentulah keutamaanya kepada kakitangan yang senior terlebih dahulu. Jika tidak silap, O² (Omar Osman) juga pernah meminta kerajaan memansuhkan PTK dan mungkin inilah salah satu penyebabnya. Jika tiada angin, tak kan pokok bergoyang kan.... (kecuali Pak Lah je yang cakap kot-kot ada monyet kat atas pokok tu!).
Touch The Sky Before You Drop
Subscribe to:
Posts (Atom)