Friday, March 27, 2009

??

Lepas ni macam mana?

Friday, March 27, 2009

OK?

Ok ke ni?

Thursday, March 26, 2009

Sayap

No Comments

Monday, March 16, 2009

Baru Menang!


Malam tadi baru puas hati aku tengok perlawanan badminton Terbuka Switzerland apabila Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan yang lebih dikenali sebagai Super Dan itu. Dengan menang straight set ke atas Lin Dan (21-16, 21-16), aku percaya Chong Wei lebih berkeyakinan untuk bertemu dengan Lin Dan selepas ini. Berbeza dengan corak permainan Chong Wei pada minggu lepas semasa bertemu di final All England dengan Lin Dan, kali ini menampakkan perubahan apabila permainan di net Chong Wei tidak berjaya untuk ditundukkan oleh Lin Dan. Selain daripada itu, permainan akal Chong Wei juga lebih mantap dan taktik psikologi Lin Dan tidak berjaya mempengaruhi prestasi Chong Wei. Walaubagaimanapun, Chong Wei masih lagi jarang untuk melakukan smash dan hanya melakukannya semasa benar-benar memerlukan sahaja. Diharapkan agar prestasi beliau terus cemerlang selepas ini terutamanya semasa berdepan dengan Lin Dan. Tahniah kepada beliau….


P/S: Alangkah bagusnya kalau kemenangan ini adalah pada minggu lepas, iaitu semasa All England.

Tuesday, March 10, 2009

Labour market

Dalam sehari dua ni masyarakat dok bising mengenai jumlah kemasukan pekerja asing (Bangladesh) yang akan mencecah 70,000. Sebenarnya angka itu sangat banyak jika diikutkan. Adakah Menteri Sumber Manusia (KSM) tuhu?. Sungguh malu kalau KSM sendiri pun tak tahu. Ini kerana, pengambilan pekerja asing biasanya diuruskan oleh kerajaan negeri berdasarkan kepada keperluan semasa. Walauapapun, tak kan lah sampai membelakangkan KSM? Ataupun KSM yang tak ambik tahu? Kesian pula kepada mat2 Bangladesh ni kerana ada yang dieksplotasi untuk tujuan mengaut keuntungan....nak masuk kerja di Malaysia bukannya free, kena bayar sehinggakan beribu-ribu ringgit. Ini sebenarnya didalangi oleh orang-orang atasan yang ingin mengaut keuntungan mudah dengan membuat ’labour market’. Bila masuk ditipu pulak, kerja tak ada, gaji tak dibayar. Nak ambik pekerja tempatan pulak kosnya mahal, dan anak-anak muda lebih suka bekerja di kilang daripada kerja di sektor pembinaan sedangkan kebanyakan pekerja asing ditempatkan di sektor binaan. Contohnya, semua pekerja pembinaan bangunan baru sekolah aku adalah terdiri daripada buruh Bangladesh dan Indonesia (25 orang), kepalanya sahaja warga tempatan. Dua minggu lepas mereka mogok dan tak bekerja 1 hari kerana gajinya tidak dibayar selama 4 bulan dan hanya diberi sedikit pinjaman. Kesian pulak aku tengok mereka ini. Salah siapa? Aku pun tak tahu! Sama-sama lah kita renungkan....

P/S: Jangan sampai kadar jenayah juga turut meningkat!

Monday, March 09, 2009

Bahana Rokok!






Gambar-gambar ini aku petik dalam akhbar Berita Harian. Ini adalah salah satu pendekatan yang baik diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu cara untuk menyedarkan orang ramai / perokok-perokok mengenai kesan bahaya merokok. Jika ditengok, memang ngeri yang teramat sangat. Sebelum ini ada juga cadangan yang akan diambil dengan memaparkan gambar-gambar sebegini pada kotak rokok, namun sampai ke hari ini aku tidak pernah nampak lagi gambar ini pada kotak rokok. Diharapkan agar Kementerian Kesihatan dapat mempercepatkan pengeluaran 'grafik edisi baru' pada semua kotak rokok di Malaysia!. Di negara Thailand misalnya, cetakan gambar kesan merokok pada kotak rokok sudah sekian lama diperkenalkan, mungkin dah berpuluh tahun. Ini kerana aku pernah melihatnya entah 4 atau 5 tahun yang lalu lagi. Ini boleh lah dikatakan psikologi kepada para perokok, mungkin dengan melihat penyakit-penyakit kesan daripada merokok ini akan sedikit sebanyak dapat menyedarkan mereka mengenai bahayanya merokok, terutamanya kepada para remaja / anak sekolah yang baru nak belajar merokok.

P/S: Nasib baik aku tak merokok.... :)

Monday, March 09, 2009

Kalah Lagi!!


Chong Wei, apa dah jadi??

Super Dan yang angkuh


19-21, 12-21!. Itu lah keputusan yang diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei semasa bertemu dengan Lin Dan di final Badminton All England malam tadi. Geram, aku memang geram melihat aksi Chong Wei setiap kali bertemu dengan Lin Dan yang angkuh itu!. Chong Wei bukannya tidak boleh menang dengan Lin Dan, dengan syarat beliau perlu mengubah sedikit corak permainannya apabila bertemu dengan Lin Dan. Tidak dinafikan bahawa Chong Wei boleh menang dengan corak permainannya ketika bertemu dengan jaguh lain, tetapi tidak dengan Lin Dan!. Corak permainan Lin Dan boleh dikatakan perfect, manakala Chong Wei selalu sahaja melakukan silap apabila berlawan dengan Lin Dan. Kurang smash, itu lah kelemahan Chong Wei, manakala Lin Dan selalu sahaja melakukan smash ketika berpeluang dan selalu mendapat mata mudah dengan smash. Ketika Chong Wei melakukan smash, kebanyakannya akan memberi mata, tapi sayang aksi itu terlalu jarang dilakukan oleh Chong Wei. Beliau lebih gemar melakukan drop dan hantar bulu tangkis ke belakang sahaja sehinggakan banyak bulu tangkis yang out. Selain daripada itu, Chong Wei nampaknya selalu sahaja ingin bermain di net apabila diperangkap oleh Lin Dan walaupun permainan di netnya asyik menjadi habuan Lin Dan. Setiap kali bertemu dengan Lin Dan, sepatutnya Chong Wei boleh menang, itu lah kebenarannya. Tapi sayang, beliau selalu ’membunuh diri’ apabila berjumpa dengan Lin Dan.


P/S: Apapun, tahniah kepada Chong Wei kerana hanya beliau sahaja harapan badminton negara....

Monday, March 02, 2009

HEM Baru

Hari ini secara rasminya sekolah aku menerima PK HEM yang baru menggantikan HEM lama yang menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Setelah hampir 3 bulan kekosongan jawatan HEM dan dipangku oleh PK Pentadbiran, akhirnya ada juga insan yang sanggup berkhidmat di sekolah aku yang agak pedalaman di dalam daerah Segamat ini. Masalah kekosongan dan pengisian jawatan ini bukan sahaja berlaku di sekolah, malah di peringkat PPD dan JPN juga berlaku...Apakah sebabnya? Aku pun tak berapa pasti, jika nak dibuat andaian, memang banyak boleh buat. Tapi secara tepatnya aku pun tak pasti. Tahun lepas hampir setahun jawatan PPD Segamat kosong dan hampir setahun juga jawatan pengetua kosong di salah sebuah sekolah dalam daerah Segamat, begitu juga dengan tuan pengarah JPN. Macam tak ada orang je yang layak, padahal berlambak yang layak, tapi kenapa lambat juga?? tepuk dada tanya selera...

P/S: Selamat bertugas di SMK Palong Timur kepada GPK HEM baru. :)