Sunday, November 02, 2008

Pelajar teruk atau guru yang teruk??

Sebelum peperiksaan pertengahan penggal yang lepas, saya memberi sedikit hint kepada pelajar-pelajar saya yang akan menduduki peperiksaan tersebut bagi kertas saya. Nak dikatakan hint pun bukan jugak sebab banyak jugak lah soalan yang saya 'hidangkan' kepada mereka. Dalam hati saya, itu cuma nak 'test-market' je, nak tengok sejauh mana rajinnya pelajar-pelajar saya. Keputusannya amat memeranjatkan, semua pelajar saya gagal!! tiada seorang pun yang lulus... masa itu hanya Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya, geram bercampur sedih... Memang lah subjek ni tergolong dalam subjek yang susah walaupun bukan dalam sains tulen, tetapi sekurang-kurangnya ramai lah jugak yang lulus dengan purata 60 markah ke atas sebab sebahagian besar daripada soalannya pelajar dah tahu. Daripada jawapan yang saya semak, saya dapati rata-rata daripada mereka tidak membaca pun. Saya tak tahu lah apa lagi nak dikatakan, cuma berserah saja kepada usaha mereka bagi SPM yang beberapa hari lagi bakal menjelang ini. Nampak gayanya, jika saya tahu soalan SPM yang akan keluar dan bagi mereka soalan bocor pun mereka tidak akan membaca juga, mungkin inilah bezanya pelajar-pelajar antara luar bandar dan bandar. Setiap tahun, keputusan peperiksaan sentiasa dipegang oleh negeri Terengganu dan Kelantan, mungkin guru-guru di Johor patut dihantar ke sana untuk pertukaran guru, sementara pelajar-pelajar patut mencontohi pelajar-pelajar negeri tersebut dalam aspek akademik!

Lu pikir lah sendiri beb!!

Sunday, November 02, 2008

Cerita Di Sebalik DG44 Dan Tingkatan Enam

Selepas pengumuman daripada KPM mengenai guru-guru yang mengajar tingkatan 6 layak memohon dan naik gred ke DG44 setelah disahkan jawatan (sebenarnya banyak lagi syaratnya), banyak ’cakap-cakap’ yang telah kedengaran. Ada yang tidak setuju dan ada yang setuju....dan tidak kurangnya ada yang mengambil sikap mendiamkan diri walaupun mereka mengajar tingkatan enam (mungkin dia setuju lah tu). Ini kerana, mungkin bagi mereka, jika mengeluarkan pandangan yang dia pun setuju, takut dikatakan tidak adil bagi guru-guru yang tidak mengajar di tingkatan enam. So, lebih baik berdiam diri daripada dok kecoh-kecoh. Yang tidak setuju tu dah tentulah guru-guru yang tidak mengajar di tingkatan enam, walaupun dah lama mereka mengajar, tetapi terpaksa tunggu ke time-based untuk bergerak ke DG44 sedangkan orang yang baru posting dah dapat DG44. Walau apapun, dah tentunya ini amat mengembirakan guru-guru yang mengajar di tingkatan 6 kerana usaha mereka telah diiktiraf oleh KPM. Maklumlah, kata guru, bila pelajar dah berada di tingkatan 6 maknanya sebelah kaki mereka telah berada di universiti kerana tingkatan 6 juga dikenali sebagai pra-universiti. Oleh itu, status dan gred gaji mereka juga mungkin juga lebih mencerminkan kepada profesional walaupun semua guru-guru DG41 adalah dalam kumpulan pengurusan dan profesional (agaknya lah). Apa yang menariknya, jika sebelum ini ramai guru yang tidak mahu mengajar tingkatan 6, sekarang dah mula berebut-rebut hendak mengajar di tingkatan 6 akibat daripada penawaran gred baru tersebut. Sesekali terfikir juga di benak saya, teruknya guru-guru ni kan! Tapi ingat, KPM ni cerdik pandai, kalau dia dah bagi tu, bukan bagi 'kosong', mesti makin teruk beban guru tersebut dibuatnya!! :)