Thursday, November 06, 2008

Keputusan PPSMI selepas UPSR?

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan menuggu analisis keputusan UPSR, perbincangan meja bulat dan pandangan semua pihak berkepentingan bagi menentukan samada akan meneruskan ataupun tidak PPSMI. Jika difikirkan dari sudut positif, sudah tentu perkara itu akan menjadi positif dan jika difikirkan dari sudut negatif pula sudah tentu ianya akan menjadi negatif. Oleh itu, apa yang perlu ialah dengan menilai yang manakah paling dominan, samada positif ataupun negatif. Di sini, saya bukan hendak mempertikaikan berapa banyak positif ataupun berapa banyak negatif kerana dalam pendidikan saya sentiasa mengharapkan kepada yang positif. Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang mungkin YB Menteri Pelajaran tersilap cakap ataupun menganggap masyarakat tidak mengetahuinya, iaitu daripada petikannya yang berbunyi:

“Sebarang keputusan akan dibuat hanya selepas kajian terperinci dan perbincangan, kita tak mahu keputusan itu dipengaruhi emosi dan sentimen politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Guru Cemerlang 2008 di sini hari ini.
(Petikan: Berita Harian Online)

Dalam petikannya, beliau menyebut supaya keputusan tidak dipengaruhi oleh emosi dan sentimen politik. Alahai YB Hishammuddin, semua orang pun sudah tahu kisah ’lahirnya’ PPSMI itu pun oleh agenda politik jugak! Dah lupa ke?? Jadi tidak hairan lah kalau keputusannya juga akan dipengaruhi oleh sentimen politik!

”YANG MENURUT PERINTAH”