Terdetik di hati saya untuk mengulas mengenai sepucuk surat di rungan forum Utusan Malaysia pada hari ini yang bertajuk ‘Guru Jangan Merungut’ yang dihantar oleh Megat Edli Faizal Abdul Halim dari Shah Alam. Dalam suratnya ada menyebut mengenai guru mesti ikhlas semasa bekerja dan jangan asyik memikirkan mengenai kenaikan gaji sahaja. Beliau mengulas mengenai guru yang dari DGA29 yang sambung belajar dan mendapat DG41 tetapi gajinya adalah lebih rendah daripada guru DGA32. Ini bermakna sekiranya guru tersebut tidak menyambung pelajarannya dan menunggu ke time-based untuk mendapat DGA32, maka gajinya adalah lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan selepas sambung belajar.
Mungkin Megat Edli lupa bahawa jawatan guru ini adalah satu pekerjaan, iaitu di bawah kumpulan perkhidmatan, dan ini termasuklah dengan lain-lain pekerjaan di bawah kelompok yang sama seperti doktor, polis, peguam dan lain-lain lagi. Apa yang menjadi persoalannya ialah, kenapa jawatan guru sahaja yang dipertikaikan? Adakah guru sahaja yang perlu bekerja dengan ikhlas? Guru juga berada di bawah masyarakat yang sama di Malysia ini...makan makanan yang sama, pakai pakaian yang sama, naik kenderaan yang sama, duduk dalam rumah yang sama dan lain-lain lagi sama. Oleh itu, guru juga berhak untuk mendapat layanan yang sama dengan orang lain....guru juga merasai tekanan hidup seperti kenaikan harga barang yang sama juga turut dirasai oleh masyarakat lain. Dengan itu, salahkan jika guru meminta sedikit keadilan daripada kerajaan untuk menyemak semula tangga gaji mereka yang mungkin saya kira satu perkara yang terlepas pandang atau mungkin juga satu kesilapan daripada pihak kerajaan. Dah tentu tidak salah kan? Kerana guru juga bekerja. Memang betul wang bukan segala-galanya, tetapi dengan wang juga lah guru-guru perlu menyara kehidupan keluarga mereka.
Mengenai bebanan kerja guru, Megat Edli mengatakan bahawa pekerjaan sebagai guru tidaklah membebankan sangat jika dibandingkan dengan lain-lain pekerjaan. Di sini, saya tidak pasti samada Megat Edli adalah seorang guru ataupun bukan, yang pastinya jika beliau seorang guru, beliau mungkin hanya guru yang ’goyang kaki’ di sekolah dan jika beliau bukan guru, beliau langsung tidak tahu mengenai beban kerja guru. Dari pandangan masyarakat bukan guru, pekerjaan sebagai guru memang nampak senang, kerja separuh hari, cuti tak perlu diminta (kerana dah dapat banyak cuti dalam setahun), dihormati oleh masyarakat dan bermacam-macam lagi anggapan mereka terhadap guru. Hakikatnya, pekerjaan sebagai guru tidak lah semudah itu, banyak pengorbanan yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan kepada guru-guru jika diikutkan. Jika hendak diceritakan, 100 helaian pun tidak cukup untuk mencoretkannya... Bak kata pepatah Melayu, 'guru umpama lilin yang sanggup membakar dirinya semata-mata untuk menerangi orang lain'. Hanya guru sahaja yang jelas siapakah mereka. Adakah semua ini masih tidak cukup ikhlas lagi??

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
4 comments:
Salam Cikgu Sempoi,
Saya tahu apa yang saya katakan adalah benar, janganlah melatah, renungkan untuk kebaikan guru, kajilah skim, faedah, gaji guru dan sebagainya berbanding yang lain.
Megat Edli Faizal
Tahukah anda (sebagai renungan contoh sebuah jawatan lain)?
1. Jururawat bekerja 3 shif (pagi, petang,malam)meninggalkan suami/anak2 pada waktu di mana anak-anak/suami memerlukan ibu/isteri tanpa di bayar elaun shif atau apa-apa elaun selama sejak jawatan jururawat wujud hingga kini.
2. Jururawat bekerja pada cuti umum/hari raya di mana pada hari tersebut ramai guru telah pun pulang awal berbuka puasa/beraya bersama keluarga di kampung halaman.Elaun juga tidak pernah diberi untuk bekerja pada hari lebaran tersebut, cuti gantian juga tidak diberi.Kesatuan Jururawat setahu saya tidak pernah pun minta elaun-elaun yang saya nyatakan di atas.
3. Time Based Promotion tidak pernah dinikmati oleh jururawat dan anggota awam lain. Majoriti jururawat ramai yang pencen pada gred sama ketika mula lantik iaitu U29.
Jadi siapakah yang seperti lilin membakar diri sekarang? Saya rasa jika guru alami situasi di mana kena bekerja diluar waktu biasa-malam, hari raya pasti pihak guru tidak tunggu lama akan mohon berbagai elaun pada Menteri Pelajaran melalui kuasa Kesatuan Guru yang ramai dan vokal.
Itu adalah sedikit contoh dan banyak lagi perbandingan dengan jawatan lain yang saya boleh beri.Tetapi kebanyakan guru tidak memahamidan hanya fikirkan mereka sahaja yang teraniaya oleh kerajaan padahal mereka lupa kebanyakan mereka adalah bekas penganggur lepasan ijazah yang diselamatkan oleh kerajaan tetapi akhirnya menggigit tangan yang menyuap mereka.
Sudahlah cikgu sempoi, jika hendak berhujah sila kemaskinikan dengan fakta ataupun data yang tepat, janganlah ungkit tentang ikhlas dll yang subjektif.Berikan kepada saya data tentang guru :
1. Jumlah masa bekerja dalam setahun yang diterjemahkan dalam hari, setelah ditolak balik awal 2 petang,cuti sekolah.
2. jumlah waktu/jam mengajar dalam sehari/seminggu.
3. Jumlah hari aktiviti tambahan sebelah petang ( selalu sangat ke?)
4. Dan berilah senarai tugas yang kata banyak sangat tu, saya pun boleh beri senarai tugas Pembantu Am Rendah yang juga banyak.
Akui sahajalah guru sememangnya kerja lepak tapi gaji banyak, kami tak dengki tapi kami risau guru terlalu meminta-minta tetapi mutu perkhidmatan hampeh,anak bangsa tergadai,perhati bagaimana guru sekolah jenis kebangsaan cina, jauh beza dengan guru melayu sekolah kebangsaan,tengok je kereta-kereta cikgu kat sekolah kebangsaan,tu dia, vios, city, persona se, toyota caldina pun ada (kat sekolah anak saya), tu la sebab kena minta banyak2 kat Kementerian sebab nak bayar hutang kereta.Jika guru ikhlas mereka hidup sederhana,berkereta ala kadar hidup ala kadar...itu le ikhlas..cikgu sempoi guna kereta apa?
Megat Edli Faizal
Megat Edli Faizal.
megat yang hanya tercegat!!!
bak tertelan ubat gegat.
Post a Comment