Thursday, April 16, 2009

Guru Jangan Merungut dan Megat Edli

Megat Edli:


Pertamanya saya minta maaf sebab tak perasan ada komen saudara Megat Edli dalam Post saya yang bertajuk GURU JANGAN MERUNGUT? yang bertarikh 30/10/2008. Ini kerana saya jarang tengok post2 yang lama. Untuk pengetahuan pembaca, Megat Edli Faizal Abdul Halim ialah pengirim surat dalam ruangan Forum Utusan Malaysia yang bertarikh 30/10/2008. Tapi yang komen tu saya tak pasti lah samada benar2 empunya diri ataupun yang menyamar sebagai Megat. Walaubagaimanapun, saya berharap sangat agar saudara Megat terbaca komen balasa saya ini. Bila ditengok semula, rupanya ada komen yang 'panas'. Jika saya mengiakan kata2 saudara Megat, maknanya sy ni seorang yang DAYUS dan tidak menghormati profesion perguruan!! Di sini sy cuma ingin membuat rumusan kepada semua persoalan saudara. Jika saudara ingin meminta fakta dengan saya... ok, saya akan bagi. Tapi adakah kata2 saudara itu berfakta?? sudah tentu tidak, cuma berdasarkan pengalaman semata2. Pada fikiran saya, mungkin kerja saudara Megat adalah pembantu am rendah dan isteri saudara ialah jururawat.


1. Jururawat lg banyak cuti sebenarnya berbanding guru (begitu juga dengan pembantu am rendah). kalau jururawat kerja syif malam selama 2 malam berturut-turut, maka dia akan dapat cuti 1 hari. Betul tak? dah tentu lah betul sebab kakak sy pun jururawat jugak. Cuti tahunan dah 30 hari, begitu jugak dengan pembantu am rendah. Cikgu? cikgu cuma 7 hari je cuti (CRK), itu pun bukan HAK Cikgu, cuma keistimewaan sahaja (Sila rujuk pekeliling kalu nak lebih faham). Maknanya macam tak ada cuti lah, cuma atas budi bicara ketua jabatan (biasanya ketua jabatan akan luluskan, kecuali yang tak berperikemanusiaan je tak luluskan). Sebab itu ada guru terpaksa ambik MC tipu kalau ada kecemasan. Cuti hujung tahun guru dan lain2 cuti sebenarnya adalah waktu bekerja (sila rujuk pekeliling yang berkenaan), guru berhak dipanggil untuk bekerja semasa dalam cuti. Contohnya untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bertugas semasa peperiksaan (SPM/STPM) dan sebagainya (ini fakta, bukan rekaan). So, adakah guru ni makan gaji buta dalam cuti?? Hari Sabtu Megat bercuti, tapi hari Sabtu saya bekerja, jarang sangat dapat cuti pada Sabtu minggu 2,dan 4. Tak percaya tanya lah guru2 lain.


2. Atas kertas, kerja cikgu mungkin sampai jam 2.00 ptg sahaja (tapi sekolah saya pendek lagi sikit Megat, sampai jam 1.05 je). Tp di luar kertas kerja cikgu ialah 24 jam/hari. Tapi kerja Pembantu Am Rendah brapa JAM sehari?? dah tentu lah sampai JAM 4.30 p.m sahaja. Saudara ada bawak balik kerja opis saudara ke rumah? dah tentu lah tak ada, coz kerja perkeranian akan tamat di opis je dan akan bersambung keesokan harinya. Tapi cikgu tiap2 hari kena bawak balik kerja rumah pelajar dan lain2. Purata waktu mengajar guru ialah dalam 25/26 waktu seminggu (bergantung kepada sekolah dan ada yang sampai 32 waktu/seminggu). Tapi kena ingat, itu ialah WAKTU MENGAJAR SAHAJA. Apa cikgu kena buat kalau tak ada waktu mengajar? Cikgu2 ni kena siapkan kerja mereka yg lain seperti perancangan program, pengurusan fail, ABM (ABM tu alat bantu mengajar utk pengetahuan saudara),surat menyurat,dan seribu satu macam (bergantung kepada jawatan/tugas guru masing2) perkara. Tidak dinafikan ada guru yang tidak komited dalam kerja, sama juga dengan perkeranian. Bagi kerja tidak siap, lambat, curi tulang dan sebagainya...begitu juga dengan perkeranian, time kerja dok chatting, layar internet, kelur minum berjam2....biasalah tu kan.


3. Jumlah aktiviti tambahan?? Tiap2 hari adalah waktu tambahan utk. pengetahuan saudara. Misalnya, kalau saya tidak terlibat utk xtvt tambahan pada hari ini, tapi org lain terlibat. Kalau orang lain tak terlibat, maka saya mungkin terlibat. Saudara nak contohnya? Boleh...contohnya ialah guru bola kena turun latih bola, guru catur kena turun latih catur dan begitu lah seterusnya. Mungkin megat kata hari2 saya main bola!! Hari2 saya main bola!! (mungkin juga megat akan kata hari2 cikgu tidur!!)...Petikan filem kegemaran ramai P.Ramlee. hehehe. Ya, betul megat...mati budak kalo hari2 main bola. Tapi sekolah kita ni sistematik utk pengetahun megat, kita ada pelbagai program peningkatan akademik pelajar...kita ada bulan bahasa, kita ada bulan sains dan matematik, kita ada kelas tuisyen dan pelbagai lagi. So, megat seharusnya bertuah kerana anak megat sekolah di MALAYSIA dan bukannya sekolah di INDONESIA ataupun BOSNIA atapun PALISTEN ataupun INDIA. Bersyukur lah megat kerana sistem pendidikan di Malaysia masih lagi relevan. Kalau megat tak percayakan guru2 Malaysia (khususnya sekolah kebangsaan), megat hantarlah anak megat ke sekolah Cina/Tamil, tak salah...malah lagi menguntungkan dapat belajar banyak bahasa. Dan kalau anak megat dapat jadi Polis suatu hari nanti, anak megat akan dapat elaun bahasa tau...untung tu...


4. Megat nak senarai tugas? kalau saya tulis semuanya kat sini, saya yakin 120% megat akan muntah bila membacanya. Tapi utk pengetahuan megat, cikgu2 dah dibahagikan kepada sub-tugas masing2. Kita ada statistik beban tugas guru (bukan saya yang buat, pihak pentadbiran yang buat) bagi memastikan semua guru mendapat beban tugas yang seimbang. Kalau megat nak sangat tahu, bagi saya e-mail saudara megat, saya dengan rela hati dapat send beban tugas/program/aktiviti/ setiap kali dijalankan kepada saudara megat. Untuk pengetahuan saudara juga, setiap tahun KPM/JPN/PPD/Sekolah mempunyai perancangan strategik mereka sendiri (ada panjang ada pendek, yang panjang biasanya 5 tahun lah, yang pendek 1 tahun), so siapa yg kena laksana? KPM ke? ataupun Megat ke? tidak megat,kami lah yg akan melaksanakannya....kami ni ialah guru2 seluruh Malaysia!! Kami ini ialah ”YANG MENURUT PERINTAH”...guru2 yg mengajar anak megat dan megat sendiri...sebab itu megat dapat jadi pembantu am rendah, tapi kalau megat rajin berusaha sedikit dan dengar kata guru, megat dah jadi pembantu am tinggi dah, malah boleh jadi GURU KERJA LEPAK seperti yang didakwa megat kepada saya dan guru2 seluruh Malaysia.


5. Sebut pasal elaun ni, guru2 tak pernah dapat elaun pun megat, kalau guru2 dapat elaun, saya rasa saya adalah antara guru yg paling kaya!! (kaya elaun lah, bukan kaya gaji). Kenapa?? saya ni blh dikatakan tiap2 hari balik lewat, dok siapkan kerja yang bukan daripada tugas hakiki guru, tapi terpaksa buat jugak kerana kita terpaksa menerima segalanya apabila menjadi guru. Megat ada macam tu? tapi megat dapat OT kan? Malah kalau di sekolah, kerja pembantu am/ perkeranian pun cikgu yang kena buat. Contohnya, pungut yuran... siapa sebenarnya yang kena pungut yuran?? Of course megat lebih arif kan. Tapi kalu di sekolah ni, jawatan siapa paling tinggi?? Dah tentu lah kerani. Betul tak megat? Dah tentu lah betul....ini kerana guru2 memang takut kepada kerani, selalu je kena marah dengan kerani. Kalau kita marah dia balik apa akan jadi?? Macam2 boleh jadi Megat...macam2.... nak berurusan dengan kerani macam berurusan dengan Menteri2, punya lah banyak songelnya...


6. Time based guru ni 10 tahun dan dengan syarat kena lulus PTK sekurang2nya III-III baru boleh bergerak gred. Tapi kalau time based PTD brapa tahun megat? tak silap saya 5 tahun je kan? sebab itu lah PTD ni besar kepala...tak ke gitu megat? Macam megat kata kan, kesatuan kejururawatan tidak pernah mohon pergerakan gaji. Itu masalah kesatuan mereka megat, jangan tak faham pulak... Kesatuan guru ni prihatin kepada ahli mereka, sebab itu mereka mohon dan ini juga fungsinya kesatuan...kita kena faham perlembagaan kesatuan ni. Prinsip semua kesatuan semuanya sama saja megat, iaitu untuk menjaga kebajikan ahli2nya!! Saya rasa pemikiran megat terlalu kolot, cuba open mainded dan banyakkan membaca, baru lah orang pandang kepada kita. Tak guna kalau pandai cakap, tapi tak berpengetahuan...tak ubah seperti penjual ubat di kaki lima kat jalan masjid India! Betul tak Megat? Dah tentu lah betul kan....hhhmmm....


7. Mengenai guru yang diselamatkan oleh kerajaan daripada menganggur tu adalah kata2 yang penuh penghinaan megat. Walaupun saya ni bukan tergolong dalam kumpulan tersebut, tapi sebagai guru saya berhak untuk membela mereka. Untuk memohon KPLI pun ada syarat2nya megat. Bukan semua penganggur dapat diterima dalam KPLI, mesti lah yang relevan dengan subjek yang dipohonya. Tak kan lah penganggur jurusan sains politik nak jadi cikgu KPLI? Relevan ke megat?? KPM pun bukannya buta sangat sampaikan semuanya nak disapu...rendah sangat ke profesion perguruan ni??


8. Untuk pengetahuan Megat, saya pakai kereta Malaysia je...kereta kecik je, sepadan dengan gaji saya. Yang megat cakap cikgu2 yang pakai kereta besar tu, megat kena tengok dulu latarbelakang dia. Kebanyakannya ada side-income. Labur sana, labur sini, tanah berekar2, isteri/suami jadi Manager...itu semua megat ambil kira ke? Terang2 saya katakan, kalau jadi cikgu ni, stakat harga kereta dalam RM100,00 tu masih lagi mampu selain daripada sebuah rumah dah seorang isteri!!. Padan lah dengan kelulusan ijazah. Tak mewah pun, cuma senang je. So, jangan kata guru minta naik gaji sebab nak bayar hutang kereta, itu satu penghinaan besar namanya.


9. Jangan dibandingkan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina. Sekolah cina hanya mendapat separuh sahaja bantuan daripada kerajaan, selebihnya kena cari punca sendiri. Dari awal2 lagi sekolah cina dibuka, ianya adalah susah, kurang bantuan daripada kerajaan dan kena berdikari...sekarang ni baru dikira OK skit.. (itu pun sebab nak menang pilihanraya). Contohnya melalui pungutan derma PIBG dan sumbangan ikhlas (nama je sumbangan ikhlas, tapi wajib bayar). Lagi satu, ibu bapa sekolah Cina biasanya kaya2, so tak jadi masalah dan menjadi kebiasaan kalau menderma RM300 – 400 setiap orang semasa mesyuarat PIBG. Megat pernah menderma berapa banyak kepada PIBG sekolah anak megat selain daripada yuran wajib PIBG?? Tak payah jawab, sebab saya tahu jawapannya Tidak Pernah!!. Nak derma RM10 pun ketaqqq tangan.... tak ke gitu?? So, lupakan dan jangan bandingkan dengan sekolah cina.


10. Sebenarnya ini hanya sebahagian daripada apa yang sebenarnya. Malah banyak lagi yang tidak tercakap oleh saya kepada saudara Megat. Usah sebut mengenai ikhlas dan lilin lah, dah tentu jauh bezanya. Profesion perguruan adalah nadi kepada jantung negara, warga pendidik yang akan menentukan hala tuju masa depan sesebuah negara. Sebab itu negara barat sangat pentingkan pendidikan, supaya mereka terus menguasai dunia! Jika Malaysia ingin menguasai dunia, segalanya bermula di sekolah, dan guru adalah tali sawatnya!! Lu pikir lah sendiri… terima kasih.


* Komen penuh Megat Edli ada dalam post saya yang bertajuk GURU JANGAN MERUNGUT?

25 comments:

Sifu KaiZen said...

dey Megat Adli, lu tak puas hati sebab tak dapat jadi cikgu ke ha?..tu la, lain kali belajar betul2, sekarang dah bodoh nak menyalahkan cikgu pulak...kalau lu hina guru2, gua cadangkan lu jgn hantar anak2 lu (tu pun kalau lu tak mandul) kat sekolah, lu ajar sendiri, gua nak tgk boleh ke tak...lu kutuk pun agak2 la, jgn sampai 7 keturunan lu kena kutuk balik dengan cikgu2..akhirnya...boleh blah la lu!!!

Sifu KaiZen said...

dey Megat Adli, lu tak puas hati sebab tak dapat jadi cikgu ke ha?..tu la, lain kali belajar betul2, sekarang dah bodoh nak menyalahkan cikgu pulak...kalau lu hina guru2, gua cadangkan lu jgn hantar anak2 lu (tu pun kalau lu tak mandul) kat sekolah, lu ajar sendiri, gua nak tgk boleh ke tak...lu kutuk pun agak2 la, jgn sampai 7 keturunan lu kena kutuk balik dengan cikgu2..akhirnya...boleh blah la lu!!!

Anonymous said...

Bagi saya, apa profession pun bagus, cuma sikap dan macamana kita melaksanakannya yang berbeza2.

Cikgu Sempoi said...

Dr. Komuniti,

Betul kata Dr. Saya sendiri tidak pernah menghina apa jua pekerjaan manusia yg ada di muka bumi ini. Cthnya di sekolah, dengan tukang kebun pun saya rapat, malah boleh keluar minum kopi sekali. Tapi tuduhan yg dilemparkan oleh Megat Adli memang melampaui batasan. Itu menghina profesion kerja perguruan namanya...

Fadh Rahman said...

salam, rasa terpanggil pula bila membaca entri nie...kepada megat, kita sama2 manusia, menumpang di bumi Allah...maka sama2lah kita beramal soleh supaya di akhirat kelak...aman sentosa kita.

Anonymous said...

maafkan saya jika saya komen sedikit isu lama yang telah dikupas oleh tuan. Disini saya memberi beberapa point dari apa yang tuan tulis :


1. Guru kerja separuh hari tapi sebenarnya guru bersengkang mata hingga malam menyemak buku latihan- Sila berikan saya satu kajian ilmiah yang menunjukkan berapa ramai (statistik) guru yang berbuat demikian?Kawasan kejiranan saya ramai guru dan saya tidak pernah melihat mereka membawa buku balik ke rumah untuk disemak,ada yang balik berlenggang tangan pun ada. Saya boleh kira dengan jari buku anak saya yang disemak.Kebanyakan guru hanya guna buku kerja (tak perlu semak) dan ramai tidak guna buku latihan pun. Kalau ya pun guru bawa balik buku untuk disemak itu adalah adil kerana mereka sudah ada dirumah jam 2 petang.Untuk lebih akademik hanya dikira waktu bekerja yang rasmi sahaja.
2. Saya tidak tahu apa-apa maka saya jangan menulis berkaitan guru?-Ibu bapa saya telah pencen sebagai guru 13 tahun dahulu (guru non siswazah)dan saya dibesarkan dengan melihat contoh ibubapa saya yang berbangga dengan kerjaya mereka, ketika saya kecil saya tidak pernah mendengar mereka merungut mengenai gaji, pangkat dll.Setiap hari saya akan membantu ibu bapa saya mengambil banyak buku-buku latihan dari dalam kereta untuk disemak,setiap hari saya ulang sekali lagi,guru sekarang berapa kali semak buku,sebulan sekali pun tak tentu.Bapa mertua saya adalah Nazir sekolah (pencen dah).Kakak dan kakak ipar saya adalah guru.Maka saudara jangan anggap saya tidak tahu apa-apa mengenai guru..dan saya adalah seorang Pensyarah di sebuah kolej Kementerian Kesihatan,bermaknyanya saya juga seorang guru,so saudara nak kata apa lagi?Tugas saya 8-5pm, saya juga mengajar,membuat lesson plan,menyemak tugasan pelajar,merekod kehadiran,aktiviti kokurikulum dan banyak lagi kerja.Kolej saya juga baru ini telah mendapat persijilan MS IS0 9001 dari SIRIM,kami telah bertungkus lumus siang malam selama 6 bulan untuk mendapat pengiktirafan tersebut.Kami tidak pernah merungut walaupun kerja lebih tanpa dibayar overtime.Berikan saya senarai sekolah yang telah mendapat pengiktirafan tersebut?
3. Guru ibarat lilin bakar diri?- Kurang tepat perumpamaan itu, guru dulu zaman bapa saya mungkin tepat..Saya tak nampak maksud lilin bakar diri?Pernahkah guru tidak dapat pulang keperantauan ketika hari lebaran?Guru mendapat cuti banyak ketika hari raya dan lain-lain cuti umum atau sabtu ahad.Tahukah anda jururawat bertugas shif pagi, petang,malam.Pernah anda terfikir bagaimana suaminya menguruskan rumahtangga, menjaga anak ketika isterinya jururawat bertugas shif 1 petang-balik 10 malam, atau shif 7 mlm-7 pg? Pernahkah anda menungkan bagaimana jururawat bekerja pada hari raya 1 dan 2, suaminya menjaga anak di rumah ketika hari raya tersebut.Dikala orang sibuk dengan aktiviti keluarga pada cuti Sabtu Ahad,jururawat bekerja pada hari tersebut dan suaminya menjaga anak di rumah.Tahukah
anda jururawat tiada diberi elaun shif atau elaun overtime bila bekerja pada hari raya atau cuti umum atau sabtu ahad.Tahukah anda jururawat kerap bekerja double shif ( 7 am - 9 pm) akibat anggota tidak mencukpi samada cuti kecemasan,mc, juga tanpa dibayar sebarang elaun.Tahukah anda berpa ramai jururawat yang ada ijazah bertahun-tahun tapi tak naik pangkat sebab tiada post.Pernahkah anda terbaca dalam akhbar harian mereka ini minta elaun shif,elaun hari raya, naik pangkat dll? Jadi siapakah lilin bakar diri ? Dan banyak contoh tugas lain yang diumpamakan lilin bakar diri tapi bukan guru era sekarang.Latarbelakang saya ialah ibubapa, mertua,ipar adalah guru dan saya adalah guru kepada paramedik di hospital seperti jururawat dll maka saya ada maklumat secukupnya dan dari segi itu saya rasa saya berautoriti untuk memberi komen tentang guru sekarang yang hanya tahu meminta sahaja tapi kurang memberi.

Sekian, maaf jika ada terkasar bahasa.
Boleh saya dapatkan email tuan?
Megat Edli Faizal

Anonymous said...

Saudara cikgu sempoi adalah kurang sesuai menjadi guru kerana pada pengamatan saya saudara kurang hikmah dalam menulis,terlalu sinis,menghina orang lain,kurang beradab dalam menulis,kurang hormat(merujuk kepada balasan tuan mengenai artikel saya).Beginikah contoh guru yang anak kita nak jadikan contoh?jika ramai guru begini hancurlah anak bangsa dan negara.Maaf pada pandangan saya guru sekarang kurang akhlak seperti tuan serta kurang ajar,maaf kurang ajar bukan maksudnya biadap tapi kurang mengajar murid,murid lulus cemerlang pun disebabkan tiusyen luar bukan sebab guru sekolah.
Sekian, Maaf jika terkasar.
Megat Edli Faizal

Anonymous said...

Saya perbetulkan pernyataan tuan iaitu guru adalah perhidmatan kritikal.Maaf guru bukan kritikal,perkhidmatan pendidikan tak ada dalam negara pun negara tak hancur.Guru boikot tak dtg kerja seminggu/sebulan pun takde apa-apa masalah.Bayangkan jururawat/doktor boikot tak datang kerja sehari dah cukup..berapa ramai mati.kementerian kesihatan melibatkan hidup mati.Rujuk GO dimana menyatakan kesi. kesihatan & perubatan adalah Perkhidmatan Perlu.Pendidikan tak perlu..cikgu tadika pun boleh ajar abc,123.

Megat Edli Faizal

Anonymous said...

Yang paling best dalam artikel tuan ialah menyatakan saya seorang Pembantu Am Rendah,dan cara tuan menulis secara tak langsung seolah-olah menghina kerja PAR..syukurlah saudara diselamatkan oleh kerajaan jadi guru,janganlah hina kerja-kerja yang pada anggapan tuan kerja yang low class.High class or class bukanlah kerja itu tapi bagaimana kita melakukan kerja itu, macam guru sekarang terlalu banyak sangat masa untuk diluangkan bagi memikirkan apa lagi nak mintak kat k'jaan..naik gaji,naik pangkat?

Megat Edli

Anonymous said...

jgn dilayan org yang dangkal akal fikiran nie...makin dilayan kita plak yang dangkal akal sama.

Cikgu Sempoi said...

Megat Edli,

Rupanya ada lg komen. Sudah lama sy tggu. Nampaknya "Tuan' tak lah sehebat mana pun, sama gred DG dengan saya je...cuma yg sedap didengar tu ialah PENSYARAH (kononya org ilmiah lah).

Jika nak bercakap mengenai ILMIAH lah, saya pun boleh minta rujukan2 dan kajian2 daripada tuan PENSYARAH yg menunjukkan guru ni kerjanya sekadar berlenggang kangkong? ataupun kerja ringan dan tiada tekanan? Boleh tuan PENSYARAH? Akhbar dan berita 3 hari lepas mengatakan yg NUTP mencadangkan kepd KPM 11,000 pembantu guru diwujudkan bagi meguruskan tugas2 yg terpaksa ditanggung oleh guru seperti perkeranian dan kokurikulum. Tuan BUKAN GURU, yg jadi guru ialah saudara mara tuan atapun parent tuan, tapi jika tuan nak merasai jadi guru, sila lah datang ke sekolah saya untuk mengajar sendiri tengok. Jangan main cakap je.

Lg 1, jangan nak sama kan zaman Purba dengan zaman moden. Skrg ni zaman moden, Otak pun kena moden, maju ke depan... bukannya step backward!. Dulu tak ada itu, tak ada ini... org pun tak secerdik zaman sekarang ni.

Kalau tuan tak puas hati hati sangat dengan kerja guru, apply lah jadi guru. Tuan pun boleh goyang kaki seperti yg tuan katakan jugak.

Siapa tuan yg mengatakan sy layak atau tidak untuk menjadi guru? Jika begitu, sy juga boleh kata tuan tidak layak menjadi pensyarah kerana tuan tidak akademik, kata2 tuan amat tidak berilmiah. Sekadar PANDANGAN, PEMERHATIAN DAN ANGGAPAN SAHAJA. Keluarkan lah kajian2 tuan tersebut bagi meyokong hujah2 tuan tersebut.

Jika tuan bersemuka dan berdebat dengan saya, dah tentu tuan kalah teruk kalau stakat cakap macam ni. Langsung tidak berilmiah walaupun nama pensyarah!. Bikin malu saja...sama juga dengan anak didik tuan agaknya. Sungguh kesian dapat pensyarah begini.

Jika Negara ni hanya ada Doc dan tiada guru, saya pun tak tahu lah siapa yg akan lahirkan Doc tersebut nanti lepas Doc tu meninggal. Mungkin Tuan kot coz tuan kot...

Tuan menghina profesion perguruan pun sudah menunjukkan tuan tidak berakademik. Saya pun tak tahu lah samada saya layak tak untuk berdebat dengan org macam tuan ni. Bazir masa sahaja!!

Tuan hidup lah dengan otak tuan yang sewel tu....

Cikgu Sempoi said...

Saudara Megat

Saya cabar tuan Megat untuk hantar anak2 ke pusat tuisen je coz megat cakap tuisyen lg bagus kan. Tp ingat, yg ngajar tuisyen tu pun Guru jugak. Pastikan hantar kepada pusat tuisyen yg bukan guru ye...

Cikgu Sempoi said...

Megat,

Lagi 1, saya ni tidak pernah menghina mana2 kerja atau pekerja kerana saya sedar tanpa mereka dunia ni tidak akan seimbang. Lain lah dengan Megat, ada Doc dan Jururawat pun sudah cukup untuk menstabilkan dunia ni... Tapi kalau org menghina saya dulu, 100x ganda sy hina dia balik. Ingat tu...

Cikgu Sempoi said...

Megat lagi,

Kalau Tuan terasa PEDASNYA, jangan cuba main2 dengan Cikgu ni. Ini baru sorang cikgu, cuba bayangkan kalau tuan berdepan dengan 2 org cikgu, 5 org...10 org.. 100 orang.... sebab kami sentiasa prihatin dengan profesion kami.

Sifu KaiZen said...

wei megat, lu nie gila meroyan ke hape hah?, yg duk menyalak tak habis2 nape?...isu nie pada gua dah selesai, apa yg cikgu sempoi utarakan adalah pendapat n pandangan dia, tak semestinya betul, tapi belum tentu salah...itu hak dia, dan betul tu hak lu utk beri komen, tapi skrg lu lak yg lebih2 pehal?, nampak sgt lu marh, terasa kena tibai ka?...awat lagu tu?, hati panas sgt ka sampai lu tak boleh jadi insan yg boleh bersangka baik, ke lu memang bukan org yg baik utk bersangka baik?...gua rasa lu gila la...emosi lu tak stabil, mungkin sebab ramai sgt chekgu2 yg pernah baca lu punya komen dah kasi mandrem sama lu..tu sebab la lu gila meroyan...lain kali buat sesuatu tu guna otak, perpandukan akal, bertunjangkan hukum....

Anonymous said...

macam babi je perangai cikgu kat sini....g mampos la....

Anonymous said...

Saya suami seorang guru yang mengajar subjek sains, fizik, biologi. Saya faham tentang beban tugas seorang guru. Hidup dengan tugasan, semak keja sekolah, semak kertas periksa murid, buat soalan exam, prepare untuk mengajar esok dan banyak lagi kerja yang tak sempat dibuat semasa di sekolah. Kerja-kerja pentadbiran, ko- kurikulum, PIBG pun kena buat juga.
Boleh dikatakan dalam sebulan, hanya sehari-dua sahaja , isteri saya berenggan dari buku latihan murid-murid atau kertas ujian murid-murid. Sampaikan nak ajar anak sendiri tak sempat.

Perkara ini rupanya adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh kakak, sepupu, ipar yang menjadi guru.

Jadi, kesimpulannya memang kerja cikgu bukan sahaja di sekolah tapi berlarutan di rumah. Sekiranya cikgu hanya kerja 8 jam sahaja, sudah pastinya semua urusan terutamanya peperiksaan disekolah tidak akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Sekian.

* Cuma mungkin ramai yang tak tahu guru yang berlenggang tu biasanya guru sejarah, pendidikan islam(berpengalaman)dan guru yang ajar pendidikan jasmani serta lain-lain subjek yg tak masuk exam.

Satu lagi spesisnya, guru yang aktif politik dacing, power tu, seram la juga guru besar.(bukan semua)

* peliknya dengan guru yg jadi pentadbir, kebanyakannya kontrol guru-guru cam kontrol murid.

Anonymous said...

saudara megat edli, saya pun nak komen sedikit. saya amat terasa bila anda kutuk lebih2. saya tidur malam tadi sebab siapkan modul mikro dan makro ting 6 supaya mereka lebih memahami apa yg saya ajar. hari-hari balik lambat. kelas tiusyen setiap sabtu. belum lg meeting, pelbagai program...sampai rasa penat dan tak dapat mengajar anak. anak pun hantar tiusen..kalau jadi pensyarah katanya lebih relaks...jgn mengata orang lain...kita hendaklah membaiki diri kita dan keluarga dulu supaya umat Islam di Malaysia akan maju. Jgn bergaduh dan bersangka buruk sbb inilah yg akan menjatuhkan umat Islam.

melya said...

untuk pengtahuan encik megat ialah seorang pensyarah di sebuah kolej..

Anonymous said...

Megat ajar satu slide sehari......sy knal sgt dia ni...

Anonymous said...

ccc

Anonymous said...

saya sokong awk megat

kesihatan perlu dibri perhatian terutma PPKP
hnya dktor dn guru jer dpt nma tp PPKP mcm orng nk mati kja

kpd ckgu smpoi ckp jer lbh

Anonymous said...

korang ni lawak ar....hahahaha...1 kelompok cikgu tau nak betul je...smpi x bleh nk trima kritikan lgsg...1 kelompok pensyarah x senang duduk dengan keselesaan yg tlah dimiliki smpi nk sindir profesyen lain....tiba2 dtg plak 1 kelompok PPKP...tp mmg hakikat la ....lg bawah gred lgi bnyk bebanan kerja dr segi fizikal yg kna buat...berbanding gred yg lbih tggi lebih bnyk memerah otak tp suasana kerja yang selesa...bg aku la smua profeyen ada pro & con...ptutnya isu mcm ni x ptut lah wujud.....

Anonymous said...

tp apa-apa komponen yg pntg untuk sesebuah negara adalah keselamatan (army) & kesihatan (health).....tnpa 2 profesyen ni blum tntu pndidikan dpt dlksanakn...

Anonymous said...

gua skong tp ppkp msti diutmakn,btl x megat

Post a Comment