Friday, October 31, 2008

Hari Jumaat

Dalam perjalanan ke sekolah pagi ini, isteri saya berkata jalan kosong je, tak ada nampak pun budak-budak pergi sekolah. Kemudian saya berkata, biasalah hari Jumaat adalah hari cuti bagi mereka. Agaknya dah jadi tabiat bagi kebanyakan pelajar-pelajar untuk ponteng sekolah pada hari Jumaat di mana-mana sekolah pun.

Lu pikir lah sendiri!! :)

Thursday, October 30, 2008

Guru Jangan Merungut?

Terdetik di hati saya untuk mengulas mengenai sepucuk surat di rungan forum Utusan Malaysia pada hari ini yang bertajuk ‘Guru Jangan Merungut’ yang dihantar oleh Megat Edli Faizal Abdul Halim dari Shah Alam. Dalam suratnya ada menyebut mengenai guru mesti ikhlas semasa bekerja dan jangan asyik memikirkan mengenai kenaikan gaji sahaja. Beliau mengulas mengenai guru yang dari DGA29 yang sambung belajar dan mendapat DG41 tetapi gajinya adalah lebih rendah daripada guru DGA32. Ini bermakna sekiranya guru tersebut tidak menyambung pelajarannya dan menunggu ke time-based untuk mendapat DGA32, maka gajinya adalah lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan selepas sambung belajar.
Mungkin Megat Edli lupa bahawa jawatan guru ini adalah satu pekerjaan, iaitu di bawah kumpulan perkhidmatan, dan ini termasuklah dengan lain-lain pekerjaan di bawah kelompok yang sama seperti doktor, polis, peguam dan lain-lain lagi. Apa yang menjadi persoalannya ialah, kenapa jawatan guru sahaja yang dipertikaikan? Adakah guru sahaja yang perlu bekerja dengan ikhlas? Guru juga berada di bawah masyarakat yang sama di Malysia ini...makan makanan yang sama, pakai pakaian yang sama, naik kenderaan yang sama, duduk dalam rumah yang sama dan lain-lain lagi sama. Oleh itu, guru juga berhak untuk mendapat layanan yang sama dengan orang lain....guru juga merasai tekanan hidup seperti kenaikan harga barang yang sama juga turut dirasai oleh masyarakat lain. Dengan itu, salahkan jika guru meminta sedikit keadilan daripada kerajaan untuk menyemak semula tangga gaji mereka yang mungkin saya kira satu perkara yang terlepas pandang atau mungkin juga satu kesilapan daripada pihak kerajaan. Dah tentu tidak salah kan? Kerana guru juga bekerja. Memang betul wang bukan segala-galanya, tetapi dengan wang juga lah guru-guru perlu menyara kehidupan keluarga mereka.
Mengenai bebanan kerja guru, Megat Edli mengatakan bahawa pekerjaan sebagai guru tidaklah membebankan sangat jika dibandingkan dengan lain-lain pekerjaan. Di sini, saya tidak pasti samada Megat Edli adalah seorang guru ataupun bukan, yang pastinya jika beliau seorang guru, beliau mungkin hanya guru yang ’goyang kaki’ di sekolah dan jika beliau bukan guru, beliau langsung tidak tahu mengenai beban kerja guru. Dari pandangan masyarakat bukan guru, pekerjaan sebagai guru memang nampak senang, kerja separuh hari, cuti tak perlu diminta (kerana dah dapat banyak cuti dalam setahun), dihormati oleh masyarakat dan bermacam-macam lagi anggapan mereka terhadap guru. Hakikatnya, pekerjaan sebagai guru tidak lah semudah itu, banyak pengorbanan yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan kepada guru-guru jika diikutkan. Jika hendak diceritakan, 100 helaian pun tidak cukup untuk mencoretkannya... Bak kata pepatah Melayu, 'guru umpama lilin yang sanggup membakar dirinya semata-mata untuk menerangi orang lain'. Hanya guru sahaja yang jelas siapakah mereka. Adakah semua ini masih tidak cukup ikhlas lagi??

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Thursday, October 30, 2008

Pengurusan Sumber Manusia - Siri 2

KERANGKA KONSEP PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Wednesday, October 29, 2008

Pengurusan Sumber Manusia - Siri 1

PENILAIAN PRESTASI (PP)

Definisi:
PP – merupakan proses penilaian thd pencapaian semasa atau terdahulu staf yang dilakukan secara berkala dan berterusan dibandingkan dengan sasaran yang telah ditetapkan.

3 elemen ptg proses PP:
(a) Penetapan piawai kerja,
(b) Penilaian thd pencapaian sebenar berbanding piawai yang ditetapkan,
(c) Maklumbalas untuk penambaikan ke arah pencapaian piawai.


MENGAPA PRESTASI SESEORANG PERLU DINILAI ?
Kepentingan umum-untuk menentukan:
• tahaap kemampuan staf melaksanakan sesuatu tugas.
• Status, perancangan & pembangunan kerjaya staf (latihan dsb)
• Alat menentukan gaji & ganjaran kepada staf
• Guna tenaga organisasi. (Ch.: menentukan tahap produktiviti, pencapaian serta sumbangan staf terhadap organisasi).


KEPENTINGAN PENILAIAN PRESTASI

A) Kepada Staf/pekerja:
• Mendapat maklumbalas mengenai prestasi kerjanya samada:
- memenuhi piawai/sasaran ditetapkan,
- sesuai/tidak utk kenaikan pangkat/ganjaran lain.
• Memberi motivasi (jika mereka percaya proses PP telah dilaksanakan dengan adil).
• Menetapkan piawai/sasaran baru (dengan persetujuan bersama).
• Staf tahu apa yang dihendaki organisasi.
• Memberi peluang staf membaiki kelemahan/latihan.


B) Kpd pengurus/ketua :
• Membantu mengenalpasti kemajuan & perkembangan staff dibawah,
• Mengklasifikasikan staf kategori cemerlang, sederhana & lemah,
• Membantu pengurus menangani 3 kategori tadi (ganjaran, latihan, program pengukuhan),
• Membantu dalam perancangan organisasi (peruntukan kewangan),
• Mengenalpasti masalah kerja dan pekerja (staf),
• Menentukan klasifikasi kerja (mencabar, perlu kreativiti tinggi, kesediaan menghadapi tekanan & kemampuan berinteraksi) yang sesuai kepada staf (elak bazir & kecewa, tingkat keberkesanan & kepuasan).

C) Kepada Organisasi

?

Fikirlah sendiri


KEBURUKAN PENILAIAN PRESTASI

?

Pun.....fikirlah sendiri

Wednesday, October 29, 2008

Lain Ulu Lain Parang

Semalam (28/10/08), isteri saya merungut kerana katanya separuh daripada pelajar kelasnya sempat melarikan diri dari kelas Sinar (program untuk pelajar tingkatan 5 yang dijalankan selepas waktu akhir persekolahan). Ini kerana, pada waktu akhir sebelumnya tiada guru yang masuk kelas, jadi pelajar mengambil kesempatan untuk cabut awal supaya dapat mengelakkan diri dari memasuki kelas Sinar. Lain-lain guru pun menghadapi masalah yang sama. Ini baru program Sinar, belum lagi cerita mengenai Skim Tuisyen Felda (STF). Walaupun yuran tuisyen mereka telah dibayar oleh FELDA, namun pelajar masih lagi tidak mahu menghadiri kelas tuisyen.
Jika dulu, semasa saya bersekolah nak pergi tuisyen pun tidak mampu kerana tiada duit untuk bayar yuran, harapkan tuisyen percuma daripada guru-guru yang komited sahaja. Tetapi pelajar zaman sekarang ini, dah dibayar pun tidak mahu datang lagi (itu pun untuk ilmu mereka). Kadang-kadang saya rasa amat pelik dengan situasi yang semakin moden sekarang ni, makin moden makin ke belakang pelajar kita. Tiada motosikal tidak mahu ke sekolah, tiada duit saku tidak mahu ke sekolah, kena guru marah tidak mahu ke sekolah, tidak siap tugasan rumah tidak mahu ke sekolah, gaduh dengan rakan sekelas tidak mahu ke sekolah, malah kasut basah pun dijadikan alasan untuk tidak mahu datang ke sekolah. Persoalannya, dimanakah ibu-bapa? Apakah fungsi ibu-bapa di rumah? Apakah tindakan yang dimbil oleh ibu bapa untuk membimbing dan mendidik anak-anak mereka? Nampaknya, bukan pelajar sahaja yang berubah, ibu-bapa juga telah berubah....bukan pelajar sahaja yang bermasalah, ibu-bapa juga bermasalah....bukan pelajar sahaja yang kena kaunseling, ibu-bapa juga kena kaunseling.
Semasa saya bersekolah dulu, saya kena jalan kaki lebih kurang 3.5 km (7km pergi dan balik) setiap hari untuk ke sekolah. Waktu rehat adalah waktu yang paling memalukan kerana saya tidak pernah rehat...macam mana nak rehat, duit saku tak pernah ada, nak beli motor atau basikal jauh sekali lah jawabnya. Dapat tengok tv pun setelah di tingkatan 6 dah. Hanya pelajar-pelajar FELDA je yang mewah nampaknya, nak itu ini semuanya parent kasi. Sebelah petang selepas waktu persekolahan kena potong rumput pula, jaga lembu, tanam sayur dan macam-macam lagi. Pernah suatu ketika dahulu, saya muntah semasa dalam perjalanan ke sekolah... tak nak pergi sekolah takut emak marah pulak, so nak tak nak pergi juga lah. Tapi kebiasaannya, bila seseorang itu pening kepala dan selepas itu muntah, kita akan rasa ok semula. So, saya dapat belajar macam biasa semasa di dalam kelas. Kalau pelajar sekarang ini, tak pening pun cakap pening, sanggup tipu ibu bapa dan guru-guru semata-mata kerana malas!. Sama-sama renungkannya. :(

Tuesday, October 28, 2008

Cikgu Moyok

25/10/08 (Jumaat) yang lepas, PIBG sekolah saya ada menganjurkan lawatan ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Lewat malam tadi baru mereka tiba (sekitar jam 1.30 a.m) di rumah masing-masing... Apa lagi, datang sekolah pagi ni semuanya nampak lentok je! jalan pun dah tak brapa betul...dan ada juga yang terpaksa seret kaki semasa berjalan! :D... nak ambik MC takut dikatakan melampau pulak kan, kalau tak pasti dah ada yang ambik MC. Yang biasa MC pun tak berani nak ambik MC dan datang juga sekolah dengan muka yang moyok! Maklumlah, dengar citenya kemain sakan lagi berlajan dan shopping kat Langkawi tu... Walau apapun jangan lah sampai menampakkan sangat ’kemoyokan’ kita tu… ;)

P/S: Tunggu ke Langkawi lagi tahun depan.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sunday, October 26, 2008

ONE STEP AHEAD

Dua hari lepas saya menerima surat untuk tindakan segera dari PPD Segamat. Dalam suratnya mengkehendaki saya menghantar laporan aktiviti panitia daerah sebelum 24/10/08. Apa yang menariknya ialah tarikh saya mendapat surat tersebut ialah pada 24/10/08 juga... tarikh terima surat oleh pejabat pula ialah pada 23/10/08. Dalam surat tersebut juga mengatakan bahawa unit pengurusan akademik PPD dikehendaki membentangkan setiap laporan panitia daerah kepada Pengarah JPN pada 28/10/08. Nasib baiklah aktiviti panitia daerah tu saya dah siapkan awal-awal lagi, tinggal print je. Moral of the story, kita kena sentiasa bersedia untuk apa jua in case di bawah PPD Segamat (mungkin juga under JPNJ). Alahai PPD....kenapa lah jadi begini...dan saya perhatikan dari tahun-tahun lepas lagi asyik buat kerja "One Step Ahead" je! Terima surat sebelah pagi kena pergi meeting sebelah petang, terima surat hari ni besok dah kena pergi kursus....dan yang lagi menarik ialah pergi meeting dulu dan surat akan terima kemudian... :) Agaknya cikgu-cikgu ni kelapangan sangat kot, that y anytime boleh diarahkan untuk membuat apa-apa sahaja tindakan segera. Sepatutnya pegawai-pegawai PPD yang kena banyakkan berkursus, bukannya cikgu-cikgu. Syabas....

"ONE STEP AHEAD"

Friday, October 24, 2008

JOHN DOE

Sekolah aku ni baru je upload laman web rasmi. Tetapi hanya ada beberapa orang sahaja yang menjadi ’pelanggan tetap’ laman web ini. Ini bolehlah dikenalpasti dalam buku pelawat laman web kerana yang selalu post komen pun adalah nama-nama yang sama je. Salah satu nama yang menjadi misteri kepada pelanggan-pelanggan tetap ni ialah JOHN DOE. Ini kerana JOHN DOE selalu je mengenakan cikgu-cikgu yang melawat laman web tersebut, tetapi masalahnya ialah indentiti sebenarnya tidak diketahui.... (maklumlah, nama lagi JOHN DOE kan..). JOHN DOE hangat diperbincangkan di sekolah dan sehingga ke rumah-rumah yang mengadakan program marhaban. Adalah sebabnya kenapa hangat sangat.... hanya i je yang tau... hehehe ;)

Thursday, October 23, 2008

Tersilap Teka Pada Yang Sepatutnya...

Beberapa hari yang lepas ada beberapa orang guru yang merungut dan merasa tidak puas hati dengan blog salah seorang daripada cikgu kat sekolah saya, iaitu cikgusepajo (www.cikgusepajo.blogspot.com). Ini kerana dalam blog yang bertajuk Jangan Risau tersebut ada menulis mengenai ” Ada cikgu yang merungut tentang kehadiran yang dirasakan tidak memuaskan (dalam hati mungkin mereka suka, kerana yang ponteng kebanyakannya adalah "trouble-maker")”. Perkataan DALAM HATI MUNGKIN MEREKA SUKA itu yang menyebabkan ada segelintir guru yang berkaitan tidak puas hati....kerana apa? Kerana mereka berkata, dalam hati siapa yang tahu?? cikgusepajo tahu ke apa yang ada dalam hati mereka? Mereka juga mengatakan bahawa memang betul bahawa mereka mengambil berat akan pelajar-pelajar yang tidak datang.
Moral Of The Story;
Jangan suka teka-meneka...
:)