Selepas pengumuman daripada KPM mengenai guru-guru yang mengajar tingkatan 6 layak memohon dan naik gred ke DG44 setelah disahkan jawatan (sebenarnya banyak lagi syaratnya), banyak ’cakap-cakap’ yang telah kedengaran. Ada yang tidak setuju dan ada yang setuju....dan tidak kurangnya ada yang mengambil sikap mendiamkan diri walaupun mereka mengajar tingkatan enam (mungkin dia setuju lah tu). Ini kerana, mungkin bagi mereka, jika mengeluarkan pandangan yang dia pun setuju, takut dikatakan tidak adil bagi guru-guru yang tidak mengajar di tingkatan enam. So, lebih baik berdiam diri daripada dok kecoh-kecoh. Yang tidak setuju tu dah tentulah guru-guru yang tidak mengajar di tingkatan enam, walaupun dah lama mereka mengajar, tetapi terpaksa tunggu ke time-based untuk bergerak ke DG44 sedangkan orang yang baru posting dah dapat DG44. Walau apapun, dah tentunya ini amat mengembirakan guru-guru yang mengajar di tingkatan 6 kerana usaha mereka telah diiktiraf oleh KPM. Maklumlah, kata guru, bila pelajar dah berada di tingkatan 6 maknanya sebelah kaki mereka telah berada di universiti kerana tingkatan 6 juga dikenali sebagai pra-universiti. Oleh itu, status dan gred gaji mereka juga mungkin juga lebih mencerminkan kepada profesional walaupun semua guru-guru DG41 adalah dalam kumpulan pengurusan dan profesional (agaknya lah). Apa yang menariknya, jika sebelum ini ramai guru yang tidak mahu mengajar tingkatan 6, sekarang dah mula berebut-rebut hendak mengajar di tingkatan 6 akibat daripada penawaran gred baru tersebut. Sesekali terfikir juga di benak saya, teruknya guru-guru ni kan! Tapi ingat, KPM ni cerdik pandai, kalau dia dah bagi tu, bukan bagi 'kosong', mesti makin teruk beban guru tersebut dibuatnya!! :)
Touch The Sky Before You Drop
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
pedulikan mereka yang tak senonoh tu....lebih gila gaji dari kerja..dulu minta ngjar foem 6 tak mau tapi la.. ni tengok gaji mahu..tulah manusaia sekarang.
dkamal said....
tak kisah dinaikan gred tapi mesti la ada ijazah sarjana macam syarat di IPG. Baru la sesuai, ini modal sijil guru then buat ijazah atau baru posting dg41. nampak la tak pro...bro
GRED n44
yang tak sedap nya bila citer pasal gred guru tingkatan 6 nih,ialah bila pengetua ngan kroninya bepakat nak ambik jawatan dalam tingkatan 6 untuk kroni-kroninya. mana-mana guru tingkatan 6 lain yang tak ngam jgn harap la....jadi la guru akademik ting.6 sampai tua...kpd mereka yang telibat nih...ingat le...bahagia dunia tak sama ngan bahagia akhirat....
semua sek pun sama jer... yg x dapat dengki. manusiakan....
sek saya juga sama. kami mengajar lebih 10 tahun layak jad PK dan guru koku tapi sekolah nak lantik org lain jadi PK walaupun tidak dilantik guru akademik ting 6 fasa 1. bermacam cara dilakukan w/p permohonan tsb ditolak KPM. Sekarang nak ambil subjek kami supaya cikgu tu boleh mengajar ting 6 dan dpt jawatan PK. memang tak adil...kepada siapalah kami b oleh mengadu.
ya. jawatan Pk jd rebutan.Bagi sy lah, secara peribadi itu bukan sasaran utama.Saya dcadangkan dlantik PKT6 kerana antara guru lama n pakar dlm opsyen, sbg pemeriksa n penggubal.Papun sy tolak dengan baik kerana sy tahu x mampu bg komitmen spenuhnya.Bg sy la, gred n gaji perlu selaras dgn komitmen.kalu skadar sasaran gaji sj, malanglah.walau didesak utk jwtn tu, sy tetap menolak termasuklah GC.ada suara sumbang kata tindakan yg bodoh.Ya, sy akui,tp bg sy...bila dh pgg jwtn..pastikan komitmen dberikan sepenuhnya.jgn lepas tgn n sambil lewa sj.walaupun usia sy masih muda (34-muda lg? huhhu),papun jwtn PKT6 masih lg kosong..mana2 yg brminat silalah offer diri.haah
Post a Comment