Sebelum peperiksaan pertengahan penggal yang lepas, saya memberi sedikit hint kepada pelajar-pelajar saya yang akan menduduki peperiksaan tersebut bagi kertas saya. Nak dikatakan hint pun bukan jugak sebab banyak jugak lah soalan yang saya 'hidangkan' kepada mereka. Dalam hati saya, itu cuma nak 'test-market' je, nak tengok sejauh mana rajinnya pelajar-pelajar saya. Keputusannya amat memeranjatkan, semua pelajar saya gagal!! tiada seorang pun yang lulus... masa itu hanya Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya, geram bercampur sedih... Memang lah subjek ni tergolong dalam subjek yang susah walaupun bukan dalam sains tulen, tetapi sekurang-kurangnya ramai lah jugak yang lulus dengan purata 60 markah ke atas sebab sebahagian besar daripada soalannya pelajar dah tahu. Daripada jawapan yang saya semak, saya dapati rata-rata daripada mereka tidak membaca pun. Saya tak tahu lah apa lagi nak dikatakan, cuma berserah saja kepada usaha mereka bagi SPM yang beberapa hari lagi bakal menjelang ini. Nampak gayanya, jika saya tahu soalan SPM yang akan keluar dan bagi mereka soalan bocor pun mereka tidak akan membaca juga, mungkin inilah bezanya pelajar-pelajar antara luar bandar dan bandar. Setiap tahun, keputusan peperiksaan sentiasa dipegang oleh negeri Terengganu dan Kelantan, mungkin guru-guru di Johor patut dihantar ke sana untuk pertukaran guru, sementara pelajar-pelajar patut mencontohi pelajar-pelajar negeri tersebut dalam aspek akademik!
Lu pikir lah sendiri beb!!
Touch The Sky Before You Drop
Sunday, November 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sama lah...penat cuti sekolah buat modul makro dan mikrosiap tolong fotostat tapi tak baca. keluar soalan sama...tak dapat jawab. How, nak fikir cara lain...itulah kerja kita. sentiasa mencari cara supaya pelajar dapat lulus....sabarlah
Post a Comment