Semalam aku pergi menziarahi nenek aku yang tengah sakit. Sejak cuti sekolah pada 15 Nov yang lalu, ini dah masuk kali ke 2 aku pergi menziarahi nenek aku. Biasalah, bila lagi nak dapat peluang macam ini kan...time cuti je lah, lagi pun boring juga sebenarnya cuti lama-lama ni...kawan-kawan sekampung semuanya kerja, aku je yang cuti. Kalau kat rumah aku ada talian internet tak lah boring sangat, ini tiap kali nak guna internet kena pergi CC, nasib baiklah CC dekat je dengan rumah aku. Berbalik kepada cerita nenek aku tadi, dia sebenarnya sakit tua, umur pun dah hampir 80 tahun, nasib baik anak-anaknya ramai yang perempuan...so boleh bergilir-gilir untuk jaga nenek...harapkan yang lelaki seorang tu, habuk pun tarak! Semasa nenek aku sakit pun bukannya dia nak bagi tahu adik beradik, apatah lagi nak bawa pergi hospital. Sekarang ni nenek aku tinggal dengan makcik sulung aku dan ini je lah satu-satunya nenek kandung yang aku ada...datuk sebelah ayah dan emak aku semuanya dah meninggal, nenek sebelah ayah aku pun dah meninggal juga sebelum aku dilahirkan lagi. So, yang tinggal sekarang ini hanyalah nenek sebelah emak aku. Tapi nenek aku pun nampaknya semakin beransur baik, daripada langsung tak boleh makan baru-baru ini, sekarang dah boleh makan sikit-sikit. Walubagaimanapun aku tak tahu sampai bila dia dapat bertahan...harap-harap dipanjangkan lagi usianya... :(
Touch The Sky Before You Drop
Tepati Masa
My Blog List
-
-
Foto Toket Terbaru Julia Perez13 years ago
-
-
-
-
Pengikut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
saya pernah berpengalaman menjaga seorang nenek sebelah mak yang telah lanjut usianya. Kami cucu-cucunya (biasala cucu perempuan je la..) bergilir-gilir menjaga kerana anak-anaknya juga telah lanjut usia. Umornya mencecah 100 tahun lebih. Anak sulongnya (bapa saudara saya )juga sedang sakit tua berumor 80 tahun lebih. Saya mengagumi arwah nenek saya kerana dengan umornya 100 lebih dia masih belum nyanyuk dan mengenali semua cucu dan cicitnya. Tetapi dia tersangatlah sensitif dan banyak kerenah, maklumla orang tua. Sekarang dia sudah tiada namum kasih sayang kami kepadanya masih terasa.
Post a Comment