Wednesday, November 12, 2008

Nikmat Seorang Guru

Semalam saya gagahkan diri untuk menyiapkan menyemak kertas peperiksaan akhir tahun pelajar-pelajar tingkatan empat. Macam biasa, hanya seorang je yang lulus! Yang lain semuanya gagal… itupun saya dah bagi hint, tapi masih ramai lagi yang tak dapat jawab. Dari dulu lagi saya perhatikan, pelajar-pelajar ni memang tak membaca sebelum menduduki peperiksaan. Dari jawapannya pun kita dah tahu dah…. Ini lah masalah yang akan dihadapi oleh guru-guru setiap kali menjelang peperiksaan. Jika ramai pelajar yang gagal, gikgu juga yang kena bagi alasan, kena persalahkan, pelajar asyik terlepas je….kenapa? kerana guru ditugaskan untuk mengajar dan untuk memandaikan pelajar, so jika pelajar yang tak lulus bermakna guru yang gagal sebenarnya. Entah lah boleh pakai lagi ke tak ayat ni, mazhab apa ntah yang mencipta ayat ni! Walaupun saya bukan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (sebenarnya dah dipanggil Bahasa Malaysia sekarang ni), tetapi melalui jawapan-jawapan yang ditulis oleh pelajar menunjukkan bahawa penguasaan Bahasa Melayunya amat lemah! Ayat lintang-pukang, ejaan tidak betul, tatabahasa hancur! Itu pelajar kelas pandai, jika kelas terakhir saya tidak tahu lah macam mana…kesian cikgu yang mengajar Bahaya Melayu, mesti lagi tertekan! Nasib baiklah subjek saya tidak mensyaratkan tatabahasa, kalau tak lagi parah dibuatnya! Sekolah saya adalah 100% terdiri daripada pelajar Melayu, tetapi result BM setiap kali peperiksaan tidak memberangsangkan, nak dapat 100% kelulusan…’jauh panggang dari api’. Dulu, semasa saya belajar, sekolah saya adalah top rangking dalam dua daerah (tapi satu PPD), so fokus kami adalah akademik, tapi kokurikulum tidaklah sehebat mana seperti sekolah saya mengajar sekarang ini. Tahun saya STPM dapat pecah rekod, 96 pelajar dapat 5 Principal daripada 127 orang. Boleh dikatakan setiap tahun pelajar-pelajar dapat makan gulai kawah lembu kerana sekolah mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali result peperiksaan diumumkan (maknanya setiap tahun result bagus lah), tidak kira samada PMR, SPM ataupun STPM. Saat-saat itu amat manis untuk dikenang, dan sudah tentu guru-guru yang mengajar lagi manis agaknya! Selepas saya jadi guru baru saya tahu ’nikmat' seorang guru itu datangnya daripada pelajar sebenaarnya!

0 comments:

Post a Comment