Saya sebagai ahli NUTP menyokong penuh semua (33 usul) usul yang telah diluluskan dalam persidangan perwakilan tritahunan ke ke-18! Di sini, saya ingin menyentuh mengenai usul no. 27 mengenai penilaian prestasi tahunan / sasaran kerja tahunan (SKT). Maklumlah, sekarang ni dah akhir tahun, semua orang sibuk mengenai SKT je. Sebelum itu, eloklah saya interprestasikan lagi sekali kandungan usul no. 27.
Menyedari bahawa:
1. Markah Prestasi Tahunan tidak dimaklumkan atau ditunjukkan kepada kakitangan.
2. Laporan dan komen mengenai kakitangan tidak ditunjukkan kepada mereka.
3. Tiada perbincangan antara kakitangan dan Ketua Jabatan mengenai rasional pemberian markah.
4. Kakitangan tidak dinasihati mengenai cara mereka boleh memperbaiki prestasi mereka.
5. Ketua Jabatan secara senyap-senyap memberi markah prestasi rendah kepada kakitangan.
Mendesak agar:
1. Borang Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang sudah diisi markah ditandatangani dengan disaksikan oleh kakitangan setelah beliau berpuas hati dengan markah dan komen yang diberikan.
2. Penilaian kakitangan hendaklah telus, ikhlas dan tanpa prejudis.
3. Format penilaian diubah supaya lebih objektif dan berteraskan aspek kemajuan staf.
Sebelum ini, pernah seorang guru di sekolah saya mengusulkan di dalam mesyuarat guru supaya markah SKT diberikan / ditunjukkan kepada guru, contohnya dengan melampirkan markah SKT bersama-sama dengan surat pergerakan gaji tahunan (bagi menjimatkan kos sampul surat). Ini adalah kerana, semua staf sedia maklum bahawa markah SKT bukannya sulit. Walaubagaimanapun, Ketua Jabatan mengatakan bahawa markah SKT adalah tidak sulit bagi empunya diri (pegawai yang dinilai), tetapi ianya adalah sulit bagi orang lain dan kepada sesiapa yang hendak mengetahui markahnya, bolehlah datang berjumpa dengan beliau (face to face lah maksudnya). Masalahnya di sini, siapa yang berani nak pergi jumpa Ketua Jabatan semata-mata untuk mengetahui markah SKT mereka? Apa pula fikiran Ketua Jabatan sekiranya ada guru yang pergi berjumpanya untuk mendapatkan markah SKT? Apakah masalahnya (oleh pihak pentadbir) jika markah SKT dilampirkan bersama-sama dengan surat pergerakan gaji? Dan tiadakah cara lain yang lebih baik daripada minta staf pergi berjumpa Ketua Jabatan untuk mengetahui markah SKT mereka?. Jika saya pun sekiranya sebagai Ketua Jabatan, sudah tentu saya akan rasa ”lain macam” jika ada staf yang datang berjumpa untuk menegetahui markah SKTnya. Dalam hati saya mesti akan tertanya-tanya dan akan berkata ”cikgu ni tak percaya kat aku ke?, orang lain tak ada pun datang tanya, tiba-tiba dia sorang je yang datang tanya. Dalam situasi di sekolah saya, boleh dikatakan hanya yang bernar-benar terdesak sahaja akan pegi mendapatkan markah prestasinya, seperti yang ingin memohon biasiswa pendidikan dan sebagainya....yang lain dah tentu akan mendiamkan diri sahaja. Tetapi ini bukan bermaksud mereka tidak mahu mengetahuinya, tetapi takut disalah tafsir oleh Ketua Jabatan. Walaubagaimanapun, sebagai pengurus sekolah beliau sepatutnya memikirkan kaedah ataupun alternatif yang boleh dianggap ”menang – menang” (pinjam kata-kata Pak Lah semasa keputusan perebutan Pulau Batu Putih), iaitu keputusan yang tidak mengecewakan kedua-dua pihak.
P/S: TUNGGU KEPUTUSAN ”MENANG – MENANG” 2009.
Touch The Sky Before You Drop
Friday, November 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment