Semasa mesyuarat guru-guru kanan (mesyuarat pentadbiran) pada minggu lepas, terdapat seorang guru yang mengungkitkan mengenai laman blog. Katanya, terdapat laman blog yang menghentam sekolah. Aku faham maksudnya, laman blog yang dimaksudkan sudah tentu lah laman blog ini. Aku cuma tersenyum sahaja bila mendengar perkara ini. Apabila beliau mengungkitkan mengenai laman blog ini, pengetua terpaksa respon dengan mengatakan “kita janganlah layan laman-laman blog begini”. Rentetan daripada itu jugaklah baru aku tahu kenapa laman blog cikgusepajo terpaksa diremove. Untuk pengetahuan pengunjung blog (terutamanya cikgu yang mengungkitkannya), saya tidak pernah menjemput anda untuk masuk ke laman blog saya, saya tidak pernah memaksa anda untuk membacanya dan saya tidak pernah menghentam sekolah. Apa yang saya tulis adalah PANDANGAN PERIBADI SAYA yang lahir melalui pemerhatian saya. Pandangan saya dengan pandangan anda mungkin berbeza…mungkin anda rasa pandangan anda benar dan pandangan saya salah....dan begitulah sebaliknya. Nama lagi pandangan, sudah tentulah berbeza untuk setiap orang. Dengan itu, adalah tersangat kelakar dan tidak profesional apabila laman blog seseorang dimasukkan ke dalam mesyuarat pentadbiran dan minitnya dicatatkan. Untuk pengetahuan anda semua juga, laman blog ini bolehlah juga dianggap sebagai diari elektronik masa kini. Apa yang ditulis adalah melalui pengalaman dan luahan saya sendiri… Saya masih ingat kata-kata ‘Along’ dulu dalam komennya di dalam Buku Pelawat laman web sekolah, bunyinya begini, “Buku pelawat adalah kemudahan untuk pengunjung laman web mengemukakan komen, cadangan, teguran dsb kepada webmaster & sekolah demi meningkatkan mutu persembahan dan kandungan laman web. Sebarang mesej, komen, kutukan dsb yg bersifat peribadi tidak sesuai dipaparkan di sini kerana buku pelawat ini adalah untuk paparan umum. Mesej untuk individu tertentu lebih baik gunakan SMS sahaja, atau wujudkan laman blog sendiri. TK”. Petikan ini masih ada dalam Buku Pelawat laman web sekolah sehingga kini. Ini kerana, pada masa laman web sekolah mula-mula diupload, ramai pengunjung yang menggunakan ruangan buku pelawat sebagai tempat untuk kutuk-mengutuk. Perkara ini amat tidak bermoral lebih-lebih lagi jika ianya ditulis oleh seorang guru!. Ini juga adalah pandangan saya secara perbadi, dan bukannya untuk menghentam Si Pengungkit ataupun sekolah! :) Harap-harap pembaca blog lebih rasional dan berfikiran terbuka. Saya sedia menerima segala komen anda dengan fikiran positif. Lu pikir lah sendiri!!
P/S: Banyakkan membaca laman blog orang lain untuk jadi open mainded.
P/S: Banyakkan membaca laman blog orang lain untuk jadi open mainded.
3 comments:
try test over
Saya setuju dengan cikgu. Satu perbezaan ketara antara diary zaman dulu dengan diary zaman sekarang (blog) adalah dari segi kerahsiaan. Biasanya orang tak mahu orang lain membaca diary mereka, tetapi kalau blog, tentulah mahu orang lain berkongsi sama. Dalam mesyuarat pentadbiranpun ada yang sentuh ttg blog? Sebenarnya aku ada pengalaman yang lebih kurang sama kat sekolah aku. Haa tengok siapa punya kerja. Pasti puak-puak pengampu dan penjilat punya kerja. Aku boleh baca tu mesti orang yang rasa tergugat. Dia mungkin rasa dia bagus kot. Cuba hang tanya satu sekolah hang, beraa ramai orang suka kat dia tu? Aku rasa Pengetua je kot! Kah3
Cikgu Ramboo,
Terima kasih atas komen. Saya setuju dengan pendapat Cikgu Ramboo mengenai diari di zaman sekarang ni. Tapi mengenai pengampu tu saya tak pasti lah... di sini saya cuma bercakap jika ada bukti. Semua yang saya tulis mempunyai bukti. Saya tidak akan tuduh orang lain dengan sebarangan.
Post a Comment