Sekarang dah masuk 2 minggu guru-guru di sekolah aku dok bercakap mengenai SKT. Masuk je ke kantin, isu ini lah yang dibahaskan sesama guru. Bermacam pendapat dan pandangan aku dengar. Pihak pentadbir pula ’terduduk’ sekejap dengan isu ini apabila ia diungkitkan dalam mesyuarat pentadbiran. Maklumlah, tembelangnya dah pecah….bau busuk tak kan hilang dengan begitu mudah!. Soalan yang dijawab pun tidak menepati kehendak soalan yang bertanya, maka faham lah aku bahawa SKT itu benar-benar tidak dinilai dengan seadil-adilnya. Aku pun tak tahu hanya berapa kerat je lagi yang menaruh kepercayaan kepada pihak pentadbiran. Mungkin orang-orang Sains sahaja yang akan percayakannya kerana hanya orang Sains yang selalu menyokongnya!. Yang lain semuanya tidak puas hati dengan markah SKT masing-masing. SKT adalah perkara sensitif, oleh itu memang patut jika ianya diperhalusi semasa membuat penilaian pada masa akan datang bagi mengelakkan kekecohan seperti ini. Dan memang patut juga jika diterangkan dari aspek apa yang dinilainya. Ada guru yang ingin menyambung pelajaran dari diploma ke ijazah, namun markah prestasinya mestilah mendapat sekurang-kurangnya 85% untuk 3 tahun berturut-turut. Tetapi malangnya, markah yang diperolehi adalah di bawah 85%. Jangan disekat hak orang lain, itu adalah periuk nasi mereka. Jika mereka berhak mendapatkannya, atas alasan apa ianya disekat??
P/S: Sains teacher is always right!!
P/S: Sains teacher is always right!!
1 comments:
betul2 aku sokong...memang hampeh, cikgu yg dtg lambat, hari koko tak muncul, kaki bodek, kaki kipas, ha..yg tu dapat markah banyak, yg jenis kuat melawan demi menegakkan kebenaran? dapat la markah macam balas dendam...padan kat muka sendiri.wakakaka.
Post a Comment