Nampaknya tahun 2008 berlalu dengan pantas dan sekarang telah mula melangkah ke awal tahun 2009. Tahun demi tahun membuatkan aku menambah pengalaman baru terutamanya dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Jika ditanya apakah azam aku pada tahun 2009, sudah tentu aku ingin mempertingkatkan pengurusan aku dalam pendidikan berbanding dengan tahun yang lepas. Selamat menyambut tahun 2009!
Touch The Sky Before You Drop
Monday, December 15, 2008
Sekali lagi kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan 4 nyawa setakat ini. Sebelum itu, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh yang terlibat. Peristiwa ini mengingatkan kembali kita kepada beberapa kes tanah runtuh sebelum ini yang kebanyakannya berlaku di kawasan yang sama semenjak dari tahun 1985 lagi. Daripada kes yang berlaku ini, bermacam-macam ragam yang dapat kita lihat bemula daripada penghuni yang menjadi mangsa, pasukan peyelamat, pihak pemaju, pihak berkuasa tempatan, agensi swasta dan seterusnya masyarakat.
Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan mangsa yang terlibat terdiri daripada golongan yang berada dan ada yang bergelar Datuk! Pendek kata 14 buah banglo yang runtuh tersebut terdiri daripada pemilik yang berada sehinggakan terdapat mangsa yang sanggup menyewa hotel kerana tidak mahu tinggal di pusat-pusat penempatan sementara sebagai tempat penginapan sementara! Itu hak mereka, lagi pun mereka mampu…tetapi bagi masyarakat yang tidak berkemampuan akan menganggap golongan tersebut sebagai golongan yang bongkak/sombong. Jika dibandingkan dengan mangsa-mangsa banjir di pantai timur, mereka bersyukur kerana diberikan penginapan sementara walaupun hanya di sekolah dan balai raya serta dibekalkan dengan bantuan makanan yang tidak seberapa sepanjang berada di pusat-pusat pemindahan.
Tegas mangsa-mangsa tragedi tersebut pula, segelintir pasukan penyelamat tidak menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan ini mengakibatkan mangsa-mangsa yang terlibat berasa tidak puas hati. Jika dilihat, pasukan penyelamat juga terkena tempiasnya! Bagi pihak pemaju dan pihak berkuasa tempatan, ianya saling berkait apabila dipertikaikan macam mana memajukan kawasan yang telah banyak kali berlaku tanah runtuh dan bagaimana kerajaan negeri dapat meluluskannya. Apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku barulah semua pihak sedar akan hal ini dan mula buat-buat sibuk nak menyiasat!. Institusi kewangan pula seperti Maybank nampaknya lebih rasional apabila sanggup bertolak ansur dengan menangguhkan bayaran balik selama 6 bulan samada pinjaman perumahan, kenderaan ataupun perniagaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh. Ini merupakan suatu tindakan yang baik kerana dapat meringankan beban kewangan mangsa-mangsa yang terlibat. Akhirnya, diharapkan agar pihak pemaju yang bakal memajukan sesuatu kawasan jangan hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata kerana nyawa manusia tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Pihak berkuasa tempatan / kerajaan negeri yang terlibat dengan melulukan projek pula jangan hanya kerana pulus semua lulus!

Saturday, November 29, 2008
Hari ini terkandung sisipan khas dalam Berita Harian daripada kerajaan negeri terengganu kepada para murid mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru-baru ini. Dalam sisipan tersebut, dipaparkan nama sekolah dan nama murid-murid cemerlang tesebut yang mendapat 5A-7A. Tahniah diucapkan kepada murid-murid cemerlang tersebut. Diharapkan dengan pendekatan kerajaan negeri Terengganu (JPN) tersebut akan dicontohi oleh negeri-negeri lain supaya dapat memaparkan juga nama-nama murid / pelajar cemerlang mereka bukan sahaja dalam UPSR, malah PMR, SPM dan STPM. Ini kerana, bagi saya pendekatan tersebut adalah merupakan salah satu daripada semangat ataupun motivasi kepada murid-murid tersebut mahupun kepada murid-murid yang bakal menempuhinya. Usahlah dipedulikan sedikit belanja untuk menyewa ruangan sisipan tersebut kerana 'nilai' daripada ruangan tersebut adalah jauh lebih mahal daripada nilai menyewa ruangan akhbar itu. Semasa negeri Johor mula-mula meperkenalkan 'Head Count', saya difahamkan negeri terengganu sudahpun 5 tahun melaksanakan Head Count di sekolah-sekolah mereka!. Ini jelas, negeri Terengganu sentiasa mendahului bukan sahaja dalam pengurusan, malah pelajar-pelajar mereka. Diharapkan agar sistem yang baik ini akan sentiasa menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain. Tahniah sekali lagi.
Wednesday, November 19, 2008
Semalam aku pergi menziarahi nenek aku yang tengah sakit. Sejak cuti sekolah pada 15 Nov yang lalu, ini dah masuk kali ke 2 aku pergi menziarahi nenek aku. Biasalah, bila lagi nak dapat peluang macam ini kan...time cuti je lah, lagi pun boring juga sebenarnya cuti lama-lama ni...kawan-kawan sekampung semuanya kerja, aku je yang cuti. Kalau kat rumah aku ada talian internet tak lah boring sangat, ini tiap kali nak guna internet kena pergi CC, nasib baiklah CC dekat je dengan rumah aku. Berbalik kepada cerita nenek aku tadi, dia sebenarnya sakit tua, umur pun dah hampir 80 tahun, nasib baik anak-anaknya ramai yang perempuan...so boleh bergilir-gilir untuk jaga nenek...harapkan yang lelaki seorang tu, habuk pun tarak! Semasa nenek aku sakit pun bukannya dia nak bagi tahu adik beradik, apatah lagi nak bawa pergi hospital. Sekarang ni nenek aku tinggal dengan makcik sulung aku dan ini je lah satu-satunya nenek kandung yang aku ada...datuk sebelah ayah dan emak aku semuanya dah meninggal, nenek sebelah ayah aku pun dah meninggal juga sebelum aku dilahirkan lagi. So, yang tinggal sekarang ini hanyalah nenek sebelah emak aku. Tapi nenek aku pun nampaknya semakin beransur baik, daripada langsung tak boleh makan baru-baru ini, sekarang dah boleh makan sikit-sikit. Walubagaimanapun aku tak tahu sampai bila dia dapat bertahan...harap-harap dipanjangkan lagi usianya... :(
Wednesday, November 12, 2008
Semalam saya gagahkan diri untuk menyiapkan menyemak kertas peperiksaan akhir tahun pelajar-pelajar tingkatan empat. Macam biasa, hanya seorang je yang lulus! Yang lain semuanya gagal… itupun saya dah bagi hint, tapi masih ramai lagi yang tak dapat jawab. Dari dulu lagi saya perhatikan, pelajar-pelajar ni memang tak membaca sebelum menduduki peperiksaan. Dari jawapannya pun kita dah tahu dah…. Ini lah masalah yang akan dihadapi oleh guru-guru setiap kali menjelang peperiksaan. Jika ramai pelajar yang gagal, gikgu juga yang kena bagi alasan, kena persalahkan, pelajar asyik terlepas je….kenapa? kerana guru ditugaskan untuk mengajar dan untuk memandaikan pelajar, so jika pelajar yang tak lulus bermakna guru yang gagal sebenarnya. Entah lah boleh pakai lagi ke tak ayat ni, mazhab apa ntah yang mencipta ayat ni! Walaupun saya bukan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (sebenarnya dah dipanggil Bahasa Malaysia sekarang ni), tetapi melalui jawapan-jawapan yang ditulis oleh pelajar menunjukkan bahawa penguasaan Bahasa Melayunya amat lemah! Ayat lintang-pukang, ejaan tidak betul, tatabahasa hancur! Itu pelajar kelas pandai, jika kelas terakhir saya tidak tahu lah macam mana…kesian cikgu yang mengajar Bahaya Melayu, mesti lagi tertekan! Nasib baiklah subjek saya tidak mensyaratkan tatabahasa, kalau tak lagi parah dibuatnya! Sekolah saya adalah 100% terdiri daripada pelajar Melayu, tetapi result BM setiap kali peperiksaan tidak memberangsangkan, nak dapat 100% kelulusan…’jauh panggang dari api’. Dulu, semasa saya belajar, sekolah saya adalah top rangking dalam dua daerah (tapi satu PPD), so fokus kami adalah akademik, tapi kokurikulum tidaklah sehebat mana seperti sekolah saya mengajar sekarang ini. Tahun saya STPM dapat pecah rekod, 96 pelajar dapat 5 Principal daripada 127 orang. Boleh dikatakan setiap tahun pelajar-pelajar dapat makan gulai kawah lembu kerana sekolah mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali result peperiksaan diumumkan (maknanya setiap tahun result bagus lah), tidak kira samada PMR, SPM ataupun STPM. Saat-saat itu amat manis untuk dikenang, dan sudah tentu guru-guru yang mengajar lagi manis agaknya! Selepas saya jadi guru baru saya tahu ’nikmat' seorang guru itu datangnya daripada pelajar sebenaarnya!
Tuesday, November 11, 2008
Sunday, November 09, 2008
Malam tadi aku keluar minum dengan kawan lama, kawan yang telah berpindah sekolah. Kebetulan dia datang ke Palong Timur kerana ada kenduri, so dia SMS lah aku dan aku mencadangkannya untuk keluar minum di Palong 4….jam 9.25 p.m dia datang jemput aku. Hampir dua jam jugak lah kami dok sembang di ‘KL Conner’ Palong 4 tu. Selama hampir 2 jam kat kedai makan tu, kami dok sembang pasal kerja dan pasal kawan-kawan lama je. Seronok pula bila diingatkan zaman awal-awal posting dulu. Kawan aku ni adalah salah seorang yang aku respect sebelum ini dan sekarang ni beliau dah jadi guru kanan mata pelajaran di sekolah baru dalam daerah Muar, iaitu jawatan yang sama semasa beliau berada di SMK Palong Timur dulu. Dia menceritakan perbezaan antara pengurusan di sekolah baru dan di sekolah Palong Timur, iaitu sekolah di mana aku mengajar sekarang ini. Katanya, dia penat jadi guru kanan mata pelajaran di sekolah baru, kalau di Palong Timur dulu dia rileks sikit kerana kebanyakan tugas tidak diagihkan oleh pentadbir kepada guru kanan bidang! Agaknya dia sindir, tapi katanya lagi bagus, tak payah dia nak pening-pening kepala. Di sekolah baru, jika ada apa-apa hal termasuk nak mengagihkan jadual waktu guru-guru pun dibawa berbincang bersama barisan guru kanan. Agaknya itu yang negatifnya semasa beliau di Palong Timur, tapi jika dibandingkan Palong Timur masih lagi bagus. Walaubagaimanapun aku mengiakan je sebab aku bukannya guru kanan, mana aku tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat dia orang semasa dia di Palong Timur dulu. Cuma di sini aku nak katakan, belum pernah seorang pun lagi kawan-kawan aku yang telah berpindah mengatakan yang sekolah baru mereka lebih seronok daripada sekolah Palong Timur! Mungkin sebab itu jugaklah aku masih di Palong Timur kot….(salah satu sebab lah) hehehe. Walaupun agak pedalaman, tetapi jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah Segamat ni, aku rasa sekolah Palong Timur lagi best, yang penting aku tak tention dengan pihak pentadbir (x tau lah kalu pentadbir yang tention dengan aku...). Banyak sekolah-sekolah lain di daerah Segamat ni yang aku dengar situasi kerjanya tak berapa happy, kerja pun macam terkongkong je. Kalau kerja pun dah terpaksa dan dipaksa, dah tentulah tak seronok kan….sebab itulah ada guru yang kena rotan tu!! (gurau je). Aku cuma berharap, jika aku berpindah dari sini, biarlah sekurang-kurangnya aku dapat sekolah yang sama macam Palong Timur juga! Syabas Palong Timur…..
Subscribe to:
Posts (Atom)