Touch The Sky Before You Drop
Sebelum peperiksaan pertengahan penggal yang lepas, saya memberi sedikit hint kepada pelajar-pelajar saya yang akan menduduki peperiksaan tersebut bagi kertas saya. Nak dikatakan hint pun bukan jugak sebab banyak jugak lah soalan yang saya 'hidangkan' kepada mereka. Dalam hati saya, itu cuma nak 'test-market' je, nak tengok sejauh mana rajinnya pelajar-pelajar saya. Keputusannya amat memeranjatkan, semua pelajar saya gagal!! tiada seorang pun yang lulus... masa itu hanya Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya, geram bercampur sedih... Memang lah subjek ni tergolong dalam subjek yang susah walaupun bukan dalam sains tulen, tetapi sekurang-kurangnya ramai lah jugak yang lulus dengan purata 60 markah ke atas sebab sebahagian besar daripada soalannya pelajar dah tahu. Daripada jawapan yang saya semak, saya dapati rata-rata daripada mereka tidak membaca pun. Saya tak tahu lah apa lagi nak dikatakan, cuma berserah saja kepada usaha mereka bagi SPM yang beberapa hari lagi bakal menjelang ini. Nampak gayanya, jika saya tahu soalan SPM yang akan keluar dan bagi mereka soalan bocor pun mereka tidak akan membaca juga, mungkin inilah bezanya pelajar-pelajar antara luar bandar dan bandar. Setiap tahun, keputusan peperiksaan sentiasa dipegang oleh negeri Terengganu dan Kelantan, mungkin guru-guru di Johor patut dihantar ke sana untuk pertukaran guru, sementara pelajar-pelajar patut mencontohi pelajar-pelajar negeri tersebut dalam aspek akademik!
Lu pikir lah sendiri beb!!
Lu pikir lah sendiri!! :)
Mungkin Megat Edli lupa bahawa jawatan guru ini adalah satu pekerjaan, iaitu di bawah kumpulan perkhidmatan, dan ini termasuklah dengan lain-lain pekerjaan di bawah kelompok yang sama seperti doktor, polis, peguam dan lain-lain lagi. Apa yang menjadi persoalannya ialah, kenapa jawatan guru sahaja yang dipertikaikan? Adakah guru sahaja yang perlu bekerja dengan ikhlas? Guru juga berada di bawah masyarakat yang sama di Malysia ini...makan makanan yang sama, pakai pakaian yang sama, naik kenderaan yang sama, duduk dalam rumah yang sama dan lain-lain lagi sama. Oleh itu, guru juga berhak untuk mendapat layanan yang sama dengan orang lain....guru juga merasai tekanan hidup seperti kenaikan harga barang yang sama juga turut dirasai oleh masyarakat lain. Dengan itu, salahkan jika guru meminta sedikit keadilan daripada kerajaan untuk menyemak semula tangga gaji mereka yang mungkin saya kira satu perkara yang terlepas pandang atau mungkin juga satu kesilapan daripada pihak kerajaan. Dah tentu tidak salah kan? Kerana guru juga bekerja. Memang betul wang bukan segala-galanya, tetapi dengan wang juga lah guru-guru perlu menyara kehidupan keluarga mereka.
Mengenai bebanan kerja guru, Megat Edli mengatakan bahawa pekerjaan sebagai guru tidaklah membebankan sangat jika dibandingkan dengan lain-lain pekerjaan. Di sini, saya tidak pasti samada Megat Edli adalah seorang guru ataupun bukan, yang pastinya jika beliau seorang guru, beliau mungkin hanya guru yang ’goyang kaki’ di sekolah dan jika beliau bukan guru, beliau langsung tidak tahu mengenai beban kerja guru. Dari pandangan masyarakat bukan guru, pekerjaan sebagai guru memang nampak senang, kerja separuh hari, cuti tak perlu diminta (kerana dah dapat banyak cuti dalam setahun), dihormati oleh masyarakat dan bermacam-macam lagi anggapan mereka terhadap guru. Hakikatnya, pekerjaan sebagai guru tidak lah semudah itu, banyak pengorbanan yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan kepada guru-guru jika diikutkan. Jika hendak diceritakan, 100 helaian pun tidak cukup untuk mencoretkannya... Bak kata pepatah Melayu, 'guru umpama lilin yang sanggup membakar dirinya semata-mata untuk menerangi orang lain'. Hanya guru sahaja yang jelas siapakah mereka. Adakah semua ini masih tidak cukup ikhlas lagi??
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

