Wednesday, November 12, 2008

Nikmat Seorang Guru

Semalam saya gagahkan diri untuk menyiapkan menyemak kertas peperiksaan akhir tahun pelajar-pelajar tingkatan empat. Macam biasa, hanya seorang je yang lulus! Yang lain semuanya gagal… itupun saya dah bagi hint, tapi masih ramai lagi yang tak dapat jawab. Dari dulu lagi saya perhatikan, pelajar-pelajar ni memang tak membaca sebelum menduduki peperiksaan. Dari jawapannya pun kita dah tahu dah…. Ini lah masalah yang akan dihadapi oleh guru-guru setiap kali menjelang peperiksaan. Jika ramai pelajar yang gagal, gikgu juga yang kena bagi alasan, kena persalahkan, pelajar asyik terlepas je….kenapa? kerana guru ditugaskan untuk mengajar dan untuk memandaikan pelajar, so jika pelajar yang tak lulus bermakna guru yang gagal sebenarnya. Entah lah boleh pakai lagi ke tak ayat ni, mazhab apa ntah yang mencipta ayat ni! Walaupun saya bukan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (sebenarnya dah dipanggil Bahasa Malaysia sekarang ni), tetapi melalui jawapan-jawapan yang ditulis oleh pelajar menunjukkan bahawa penguasaan Bahasa Melayunya amat lemah! Ayat lintang-pukang, ejaan tidak betul, tatabahasa hancur! Itu pelajar kelas pandai, jika kelas terakhir saya tidak tahu lah macam mana…kesian cikgu yang mengajar Bahaya Melayu, mesti lagi tertekan! Nasib baiklah subjek saya tidak mensyaratkan tatabahasa, kalau tak lagi parah dibuatnya! Sekolah saya adalah 100% terdiri daripada pelajar Melayu, tetapi result BM setiap kali peperiksaan tidak memberangsangkan, nak dapat 100% kelulusan…’jauh panggang dari api’. Dulu, semasa saya belajar, sekolah saya adalah top rangking dalam dua daerah (tapi satu PPD), so fokus kami adalah akademik, tapi kokurikulum tidaklah sehebat mana seperti sekolah saya mengajar sekarang ini. Tahun saya STPM dapat pecah rekod, 96 pelajar dapat 5 Principal daripada 127 orang. Boleh dikatakan setiap tahun pelajar-pelajar dapat makan gulai kawah lembu kerana sekolah mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali result peperiksaan diumumkan (maknanya setiap tahun result bagus lah), tidak kira samada PMR, SPM ataupun STPM. Saat-saat itu amat manis untuk dikenang, dan sudah tentu guru-guru yang mengajar lagi manis agaknya! Selepas saya jadi guru baru saya tahu ’nikmat' seorang guru itu datangnya daripada pelajar sebenaarnya!

Tuesday, November 11, 2008

Pengurusan Sumber Manusia - Siri 3

Peranan PSM Dalam Menangani Cabaran Globalisasi

Sunday, November 09, 2008

‘KL Conner’

Malam tadi aku keluar minum dengan kawan lama, kawan yang telah berpindah sekolah. Kebetulan dia datang ke Palong Timur kerana ada kenduri, so dia SMS lah aku dan aku mencadangkannya untuk keluar minum di Palong 4….jam 9.25 p.m dia datang jemput aku. Hampir dua jam jugak lah kami dok sembang di ‘KL Conner’ Palong 4 tu. Selama hampir 2 jam kat kedai makan tu, kami dok sembang pasal kerja dan pasal kawan-kawan lama je. Seronok pula bila diingatkan zaman awal-awal posting dulu. Kawan aku ni adalah salah seorang yang aku respect sebelum ini dan sekarang ni beliau dah jadi guru kanan mata pelajaran di sekolah baru dalam daerah Muar, iaitu jawatan yang sama semasa beliau berada di SMK Palong Timur dulu. Dia menceritakan perbezaan antara pengurusan di sekolah baru dan di sekolah Palong Timur, iaitu sekolah di mana aku mengajar sekarang ini. Katanya, dia penat jadi guru kanan mata pelajaran di sekolah baru, kalau di Palong Timur dulu dia rileks sikit kerana kebanyakan tugas tidak diagihkan oleh pentadbir kepada guru kanan bidang! Agaknya dia sindir, tapi katanya lagi bagus, tak payah dia nak pening-pening kepala. Di sekolah baru, jika ada apa-apa hal termasuk nak mengagihkan jadual waktu guru-guru pun dibawa berbincang bersama barisan guru kanan. Agaknya itu yang negatifnya semasa beliau di Palong Timur, tapi jika dibandingkan Palong Timur masih lagi bagus. Walaubagaimanapun aku mengiakan je sebab aku bukannya guru kanan, mana aku tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat dia orang semasa dia di Palong Timur dulu. Cuma di sini aku nak katakan, belum pernah seorang pun lagi kawan-kawan aku yang telah berpindah mengatakan yang sekolah baru mereka lebih seronok daripada sekolah Palong Timur! Mungkin sebab itu jugaklah aku masih di Palong Timur kot….(salah satu sebab lah) hehehe. Walaupun agak pedalaman, tetapi jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah Segamat ni, aku rasa sekolah Palong Timur lagi best, yang penting aku tak tention dengan pihak pentadbir (x tau lah kalu pentadbir yang tention dengan aku...). Banyak sekolah-sekolah lain di daerah Segamat ni yang aku dengar situasi kerjanya tak berapa happy, kerja pun macam terkongkong je. Kalau kerja pun dah terpaksa dan dipaksa, dah tentulah tak seronok kan….sebab itulah ada guru yang kena rotan tu!! (gurau je). Aku cuma berharap, jika aku berpindah dari sini, biarlah sekurang-kurangnya aku dapat sekolah yang sama macam Palong Timur juga! Syabas Palong Timur…..

Friday, November 07, 2008

Usul Tritahunan ke-18 NUTP dan...

Saya sebagai ahli NUTP menyokong penuh semua (33 usul) usul yang telah diluluskan dalam persidangan perwakilan tritahunan ke ke-18! Di sini, saya ingin menyentuh mengenai usul no. 27 mengenai penilaian prestasi tahunan / sasaran kerja tahunan (SKT). Maklumlah, sekarang ni dah akhir tahun, semua orang sibuk mengenai SKT je. Sebelum itu, eloklah saya interprestasikan lagi sekali kandungan usul no. 27.

Menyedari bahawa:
1. Markah Prestasi Tahunan tidak dimaklumkan atau ditunjukkan kepada kakitangan.
2. Laporan dan komen mengenai kakitangan tidak ditunjukkan kepada mereka.
3. Tiada perbincangan antara kakitangan dan Ketua Jabatan mengenai rasional pemberian markah.
4. Kakitangan tidak dinasihati mengenai cara mereka boleh memperbaiki prestasi mereka.
5. Ketua Jabatan secara senyap-senyap memberi markah prestasi rendah kepada kakitangan.

Mendesak agar:
1. Borang Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang sudah diisi markah ditandatangani dengan disaksikan oleh kakitangan setelah beliau berpuas hati dengan markah dan komen yang diberikan.
2. Penilaian kakitangan hendaklah telus, ikhlas dan tanpa prejudis.
3. Format penilaian diubah supaya lebih objektif dan berteraskan aspek kemajuan staf.

Sebelum ini, pernah seorang guru di sekolah saya mengusulkan di dalam mesyuarat guru supaya markah SKT diberikan / ditunjukkan kepada guru, contohnya dengan melampirkan markah SKT bersama-sama dengan surat pergerakan gaji tahunan (bagi menjimatkan kos sampul surat). Ini adalah kerana, semua staf sedia maklum bahawa markah SKT bukannya sulit. Walaubagaimanapun, Ketua Jabatan mengatakan bahawa markah SKT adalah tidak sulit bagi empunya diri (pegawai yang dinilai), tetapi ianya adalah sulit bagi orang lain dan kepada sesiapa yang hendak mengetahui markahnya, bolehlah datang berjumpa dengan beliau (face to face lah maksudnya). Masalahnya di sini, siapa yang berani nak pergi jumpa Ketua Jabatan semata-mata untuk mengetahui markah SKT mereka? Apa pula fikiran Ketua Jabatan sekiranya ada guru yang pergi berjumpanya untuk mendapatkan markah SKT? Apakah masalahnya (oleh pihak pentadbir) jika markah SKT dilampirkan bersama-sama dengan surat pergerakan gaji? Dan tiadakah cara lain yang lebih baik daripada minta staf pergi berjumpa Ketua Jabatan untuk mengetahui markah SKT mereka?. Jika saya pun sekiranya sebagai Ketua Jabatan, sudah tentu saya akan rasa ”lain macam” jika ada staf yang datang berjumpa untuk menegetahui markah SKTnya. Dalam hati saya mesti akan tertanya-tanya dan akan berkata ”cikgu ni tak percaya kat aku ke?, orang lain tak ada pun datang tanya, tiba-tiba dia sorang je yang datang tanya. Dalam situasi di sekolah saya, boleh dikatakan hanya yang bernar-benar terdesak sahaja akan pegi mendapatkan markah prestasinya, seperti yang ingin memohon biasiswa pendidikan dan sebagainya....yang lain dah tentu akan mendiamkan diri sahaja. Tetapi ini bukan bermaksud mereka tidak mahu mengetahuinya, tetapi takut disalah tafsir oleh Ketua Jabatan. Walaubagaimanapun, sebagai pengurus sekolah beliau sepatutnya memikirkan kaedah ataupun alternatif yang boleh dianggap ”menang – menang” (pinjam kata-kata Pak Lah semasa keputusan perebutan Pulau Batu Putih), iaitu keputusan yang tidak mengecewakan kedua-dua pihak.


P/S: TUNGGU KEPUTUSAN ”MENANG – MENANG” 2009.

Friday, November 07, 2008

Tahniah Kepada PPD Baru Segamat

Hhhmmmm….dengar khabarnya En. Yasiran Maskom dah naik pangkat jadi PPD baru Segamat. Tahniah diucapkan! Akhirnya teka-teki siapa yang akan naik PPD baru Segamat terjawab juga. Tapi beliau memang lah salah seorang yang termasuk dalam teka-teki tersebut kerana beliau adalah antara pengetua yang senior.....dan.....betul lah bagi siapa yang menekanya! Boleh tahan jugaklah lamanya nak menunggu kekosongan jawatan tersebut, agaknya tiada calon yang ’berkelayakan’ kot. Harapan saya ialah, TOLONG jangan jadi seperti mantan PPD sebelum ini, amat kesian saya mendengar kisahnya. Selepas beliau bersara wajib, ada individu (guru lah) yang panggilnya ’Wak’ (pakcik)!! Ini menunjukkan bahawa semasa ’pemerintahannya’, beliau tidak disenangi oleh guru-guru dan disebabkan itu jugalah beliau tidak mahu majlis persaraanya diadakan (at least dia sedar jugaklah siapa dirinya kan). Teringat pula saya kepada mantan pengarah JPNJ sebelum ini kerana beliau juga tidak mahu majlis persaraannya diadakan. Ye lah, bila orang dah tak suka kat kita, buat apa kita nak syok sendiri pulak kan? Kalau buat majlis tu pun, ntah berapa kerat je yang akan hadir.....itu pun bekas kroni-kroninya jugak yang mungkin hadir. Cukuplah setakat itu yang dapat saya katakan kerana saya tidak mahu memburukkan orang lain, lagipun beliau berdua sudah bersara...biarlah beliau bersara dengan aman..... Walau seteruk manapun beliau pada pandangan kita, tetapi mungkin itu lah yang terbaik telah dilakukan pada pandangan beliau. Apa yang penting sekarang ini, kita tunggu dan lihat stail yang baru naik ni. Dengar critanya juga (crita lagi...), beliau takut kepada anak-anak gengster masa kat Buloh Kasap dulu! Kih kih kih....


P/S: TUNGGU PENDEKATAN BARU

Friday, November 07, 2008

Renung Sejenak

Ada anggota yang baik, TAPI tidak cemerlang dalam tugasnya
Ada anggota yang tekun bekerja, TAPI selalu lupa detail
Ada anggota yang sopan santun, TAPI berat tulang
Ada anggota yang ingat detail, TAPI selalu ponteng
Ada anggota yang pendiam, TAPI selalu dipaksa setiap masa
Ada anggota yang PRnya baik, TAPI banyak buat moonlighting
Ada anggota yang knowledgeable, TAPI tidak boleh berkongsi
Ada anggota yang berkemahiran, TAPI sukar bekerjasama
Ada anggota yang menguasai bahasa, TAPI PRnya buruk
Ada anggota yang tidak fasih berbahasa, TAPI idea-ideanya bernas
Ada anggota yang banyak cakap, TAPI suka merungut bila diberi tugas
Ada anggota yang pakai smart, TAPI lambat buat kerja
Ada angoota yang suka agresif, TAPI berdedikasi
Ada anggota yang suka melawan, TAPI tekun bila diberi tugas
Ada anggota yang panas baran, TAPI berkemahiran
Ada anggota yang kaki kritik, TAPI kerjanya tidak pernah sempurna
Ada anggota yang bermotivasi tinggi, TAPI selalu report sick (selalu MC lah tu!)
Ada anggota yang inovatif, TAPI “gila saham” / popular

Kaji dan pilih, kategori manakah anda??

Friday, November 07, 2008

Teringakat Pada Kawan-kawan Lama

Setelah tahun bertukar tahun, bulan bertukar bulan dan hari bertukar hari, kini penghujung tahun sudah tiba.... penggal persekolah telah hampir tamat... tupp-tupp sudah masuk 6 tahun aku mencurahkan ilmu di sekolah ini, namun aku rasa masa itu terlalu singkat jika dibandingkan dengan masa 6 tahun itu...pejam celik, pejam celik dah 6 tahun aku di sini. Walaubagaimanapun, pengalaman 6 tahun sebenarnya masih terlalu mentah jika diikutkan...sekurang-kurangnya kena berkhidmat 10 tahun ke atas barulah boleh dianggap matang (agaknyalah). Tapi aku tidak sedikitpun merasa sunyi berada dalam hutan sawit ini kerana aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang ’gile’ semuanya, cuma aku je yang sempoi! Sekolah ini ramai cikgu-cikgu yang muda....dan ramai juga yang masih bujang...tidak ketinggalan juga ramai yang bertemu jodoh di sini!! Tahniah.... Agaknya disebabkan sekolah ni agak pedalaman, maka nak keluar ke bandar untuk mengorat anak-anak gadis kat luar sana pun bukannya banyak masa sangat cikgu-cikgu ni kan?, so sambar je lah mana yang ada kat sini (gurau je lah). Apa yang aku nak cakap sebenarnya ialah aku rindukan kawan-kawan aku yang telah berpindah masa aku di awal posting dulu. Aku gembira bekerja bersama-sama dengan mereka, enjoy! Ada beberapa orang guru yang aku respect pada masa itu, antaranya ialah cikgu Rahim Satibi, cikgu Mustaffah Kamal Majid dan cikgu Ismail Samah. Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional, cikgu Rahim Satibi misalnya aku respect sebab kerjanya kemas dan sistematik, Ketua Guru Disiplin, cikgu Mustaffah Kamal Majid pula aku respect sebab ’aura’ dan gayanya menangani disiplin pelajar...dengar sahaja nama cikgu Kamal, budak-budak sudah tentu kecut perut...manakala Penyelia Petang, cikgu Ismail Samah aku respect sebab dia friendly dengan cikgu-cikgu bawahan...walaupun dia ialah penyelia petang, tetapi dia selalu datang ke bilik guru, sembang-sembang dengan kita orang dan semasa dalam mesyuarat guru-guru kanan, dia lah yang akan ’melindungi’ hak guru-guru. Tetapi itu dulu.....sekarang sudah lain, aku tidak tahu pada siapa aku respect sekarang ni.