Wednesday, February 18, 2009

Isu Hangat

Sekarang dah masuk 2 minggu guru-guru di sekolah aku dok bercakap mengenai SKT. Masuk je ke kantin, isu ini lah yang dibahaskan sesama guru. Bermacam pendapat dan pandangan aku dengar. Pihak pentadbir pula ’terduduk’ sekejap dengan isu ini apabila ia diungkitkan dalam mesyuarat pentadbiran. Maklumlah, tembelangnya dah pecah….bau busuk tak kan hilang dengan begitu mudah!. Soalan yang dijawab pun tidak menepati kehendak soalan yang bertanya, maka faham lah aku bahawa SKT itu benar-benar tidak dinilai dengan seadil-adilnya. Aku pun tak tahu hanya berapa kerat je lagi yang menaruh kepercayaan kepada pihak pentadbiran. Mungkin orang-orang Sains sahaja yang akan percayakannya kerana hanya orang Sains yang selalu menyokongnya!. Yang lain semuanya tidak puas hati dengan markah SKT masing-masing. SKT adalah perkara sensitif, oleh itu memang patut jika ianya diperhalusi semasa membuat penilaian pada masa akan datang bagi mengelakkan kekecohan seperti ini. Dan memang patut juga jika diterangkan dari aspek apa yang dinilainya. Ada guru yang ingin menyambung pelajaran dari diploma ke ijazah, namun markah prestasinya mestilah mendapat sekurang-kurangnya 85% untuk 3 tahun berturut-turut. Tetapi malangnya, markah yang diperolehi adalah di bawah 85%. Jangan disekat hak orang lain, itu adalah periuk nasi mereka. Jika mereka berhak mendapatkannya, atas alasan apa ianya disekat??

P/S: Sains teacher is always right!!

Tuesday, February 10, 2009

Bila Tak Faham

Semasa mesyuarat guru-guru kanan (mesyuarat pentadbiran) pada minggu lepas, terdapat seorang guru yang mengungkitkan mengenai laman blog. Katanya, terdapat laman blog yang menghentam sekolah. Aku faham maksudnya, laman blog yang dimaksudkan sudah tentu lah laman blog ini. Aku cuma tersenyum sahaja bila mendengar perkara ini. Apabila beliau mengungkitkan mengenai laman blog ini, pengetua terpaksa respon dengan mengatakan “kita janganlah layan laman-laman blog begini”. Rentetan daripada itu jugaklah baru aku tahu kenapa laman blog cikgusepajo terpaksa diremove. Untuk pengetahuan pengunjung blog (terutamanya cikgu yang mengungkitkannya), saya tidak pernah menjemput anda untuk masuk ke laman blog saya, saya tidak pernah memaksa anda untuk membacanya dan saya tidak pernah menghentam sekolah. Apa yang saya tulis adalah PANDANGAN PERIBADI SAYA yang lahir melalui pemerhatian saya. Pandangan saya dengan pandangan anda mungkin berbeza…mungkin anda rasa pandangan anda benar dan pandangan saya salah....dan begitulah sebaliknya. Nama lagi pandangan, sudah tentulah berbeza untuk setiap orang. Dengan itu, adalah tersangat kelakar dan tidak profesional apabila laman blog seseorang dimasukkan ke dalam mesyuarat pentadbiran dan minitnya dicatatkan. Untuk pengetahuan anda semua juga, laman blog ini bolehlah juga dianggap sebagai diari elektronik masa kini. Apa yang ditulis adalah melalui pengalaman dan luahan saya sendiri… Saya masih ingat kata-kata ‘Along’ dulu dalam komennya di dalam Buku Pelawat laman web sekolah, bunyinya begini, “Buku pelawat adalah kemudahan untuk pengunjung laman web mengemukakan komen, cadangan, teguran dsb kepada webmaster & sekolah demi meningkatkan mutu persembahan dan kandungan laman web. Sebarang mesej, komen, kutukan dsb yg bersifat peribadi tidak sesuai dipaparkan di sini kerana buku pelawat ini adalah untuk paparan umum. Mesej untuk individu tertentu lebih baik gunakan SMS sahaja, atau wujudkan laman blog sendiri. TK”. Petikan ini masih ada dalam Buku Pelawat laman web sekolah sehingga kini. Ini kerana, pada masa laman web sekolah mula-mula diupload, ramai pengunjung yang menggunakan ruangan buku pelawat sebagai tempat untuk kutuk-mengutuk. Perkara ini amat tidak bermoral lebih-lebih lagi jika ianya ditulis oleh seorang guru!. Ini juga adalah pandangan saya secara perbadi, dan bukannya untuk menghentam Si Pengungkit ataupun sekolah! :) Harap-harap pembaca blog lebih rasional dan berfikiran terbuka. Saya sedia menerima segala komen anda dengan fikiran positif. Lu pikir lah sendiri!!


P/S: Banyakkan membaca laman blog orang lain untuk jadi open mainded.

Monday, February 02, 2009

Program Tabung Kemanusiaan Paletin

Artikel ni sebenarnya aku nak publish sebelum cuti minggu lepas lagi, tapi talian internet rosak, so terpaksalah aku publishkan hari ini. Pada mingu akhir persekolahan sebelum cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, pihak sekolah dengan kerjasama Kelab Guru (BAKTI) telah menganjurkan program Tabung Sumbangan Palestin. Perjalanan program tersebut tidaklah memakan masa yang lama, hanya terlebih 10 minit sahaja daripada perhimpunan harian biasa. Tujuannya hanyalah untuk menginsafi diri daripada apa yang berlaku di Palestin, berdoa untuk mereka yang teraniaya di Gaza dan memohon sumbangan ikhlas daripada warga sekolah. Aku difahamkan pengetua telah diberi sekeping CD oleh PPD mengenai penderitaan di Palestin, tetapi menghadapi kesukaran untuk memaparkan kepada pelajar kerana tiada tempat yang sesuai. Oleh itu, ianya dicadangkang untuk ditayangkan kepada pelajar mengikut waktu Pendidikan Sivik dan Kenegaraan masing-masing di dalam Pusat Aksess sekolah, jadi tidak lah terlampau sesak. Ustaz Zulkarnain selaku pembaca doa amat bersemangat semasa membaca doa, mungkin ramai yang akan insaf setelah mendengar doanya…tanpa membelek sehelai teks pun, beliau dapat membaca doa dengan sangat lancar untuk sekurang-kurangnya 10 minit. Aku rasa cukup rugi kerana tidak dapat merakam beliau membaca doa, kalau tidak boleh dimuatkan ke dalam blog ini supaya semua orang dapat mendengar, cukup menusuk jiwa…dan ramai juga cikgu-cikgu perempuan yang menangis! Tahniah kepada Uztaz Zul dan mari lah kita bersama-sama membantu rakyat Palestin dengan seikhlasnya.

Tuesday, January 13, 2009

Huru-hara dek Cuti CNY

Semalam ramai guru yang kalut apabila mendengar permohonan cuti berganti sempena tahun baru Cina tidak diluluskan oleh PPD Segamat. Ini adalah kerana sudah ramai guru yang membeli tiket bas/ keretapi untuk balik ke kampung masing-masing setelah mendengar sekolah saya dibenarkan untuk cuti berganti. Awal tahun ini PPD meminta pihak sekolah memohon cuti berganti sekiranya hendak, tetapi setelah memohon ianya tidak diluluskan dengan alasan sekolah saya tidak mempunyai pelajar cina. Ada juga yang mengatakan bahawa PPD Segamat meminta semua sekolah memohon cuti bagi tujuan penyelarasan. Ini adalah kerana terdapat sekolah kebangsaan yang tidak sampai 100 orang pun pelajarnya (semua Melayu) diminta oleh PPD untuk memohon cuti berganti tersebut. Walaubagaimanapun, lewat tengah hari semalam sekolah dimaklumkan oleh PPD yang permohonan cuti tidak diluluskan! Bagi saya, tidak timbul sedikit pun masalah sekiranya ia diselaraskan kerana ini adalah cuti berganti, bermakna hari persekolahan tidak luak sedikitpun kerana ianya akan diganti....begitu juga dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, ianya juga berganti....

Monday, January 05, 2009

Hari Pertama Persekolahan

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2009 bermula. Menurut JPNJ pada tahun-tahun lepas lagi, hari pertama persekolahan mestilah telah dimulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam buku rekod mengajar mestilah mempunyai rancangan pengajaran sebagai bukti proses p&p telah bermula. Jika dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya, pada minggu pertama sesi persekolahan, proses p&p masih lagi belum bermula kerana guru-guru masih lagi sibuk dengan urusan pelajar dan minggu itu juga dikenali sebagai minggu pengurusan kelas. Sekarang ini bukannya menunjukkan guru sudah tidak sibuk kerana boleh melaksanakan p&p pada hari pertama persekolahan, tetapi ini merupakan arahan daripada pengarah dan guru terpaksa melaksanakannya walaupun penuh dengan kesibukan urusan pelajar. Ini juga menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah paling diutamakan oleh semua pihak. Pada hari ini juga, semua sekolah dalam daerah segamat akan menerima sekurang-kurangnya seorang pemantau daripada PPD dan ini termasuklah sekolah aku. Awal-awal pagi lagi sebelum perhimpunan rasmi sekolah bermula, seorang pegawai PPD sudah terpacak dalam sekolah! Semua guru sudah mula panik kerana masih ada yang belum mengambil pun buku rekod mengajar dan apatah lagi hendak menulisnya. Nasiblah siapa yang kena observe (kalau ada) selepas ini... :)

Friday, January 02, 2009

Bebanan 2009

Tahun 2009 menampakkan banyak perubahan dari segi agihan jawatan kepada guru-guru di sekolah aku. Ramai cikgu-cikgu dari sesi petang ditarik untuk mengajar di sesi pagi. Walaubagaimanapun, pihak pentadbir masih belum 'cekap' untuk mengenalpasti siapa yang boleh buat kerja dan siapa yang tidak boleh buat kerja...dan siapa yang malas dan siapa yang rajin. Dengan itu, agihan bebanan mula menjadi tidak balance. Terdapat guru yang malas diberi bebanan yang sikit dan cikgu-cikgu yang boleh buat kerja diberi bebanan melampau! Sepatutnya cikgu yang malas lah diberi lebih bebanan bukannya dengan menindih guru-guru yang tersedia terbeban....dengan itu maka wujud lah ketidakpuasan kerja di kalangan guru-guru dan seterusnya menjatuhkan tahap motivasi guru. Ada juga segelintir guru yang boleh buat kerja, tetapi tidak diberi peluang untuk memegang jawatan dan dalam kontek ini, komunikasi dua hala dan komunikasi atas ke bawah amat perlu dalam kalangan pentadbir bagi mengenalpasti situasi staf di sekolah.

Friday, January 02, 2009

Kantin

Muak!! Itulah kata-kata aku diawal tahun 2009 apabila mengetahui pengurus kantin aku pada penggal lepas (3 tahun) masih lagi mendapat tender untuk 1 penggal lagi (2+1). Setiap kali aku turun ke kantin untuk sarapan pagi atau makan tengah hari, itu je lah lauk dan menu setiap hari dari awal tahun ke akhir tahun, semuanya sama! Langsung tiada menu baru ataupun pendekatan baru diambil, balik2 benda sama je...dan, sekarang ini aku terpaksa lagi menghadap kantin itu. Dari segi komunikasi antara pengurus kantin dengan guru-guru, aku tidak menafikan bahawa dia memang peramah dan baik dengan guru-guru, tetapi bila difikirkan mengenai menunya, aku juga tidak menafikan bahawa menunya amat teruk! Aku juga dengar ramai guru yang marah bila tendernya masih lagi disambung. Selagi pengurusan kantin tidak menukar tukang masaknya, selagi itulah rasa muak akan ada! Contohilah kantin SK Kampung Jawa, kalau tidak bagus, tak kan dapat bertahan sehingga berbelas tahun...