Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).
Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.
Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga h ati nya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah.
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie, ya? Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'. grrrrr.
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagipada 1 January 2010. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, hua hua hua...
PAKAIAN
Nak tahan lamaJangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama
PINJAMLAH BAJU MEMBER...BAJU SENDIRI SIMPAN.
KERETA
Nak tahan lama.Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk. jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.
KENYANG
Kalau nak tahan lama,Sebelum makan - baca bismillallah dan doaAkhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...
UMUR
Umur nak tahan lama?Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah danjangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapibazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).
ROKOK
Rokok nak tahan lama?Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingathahaaa.... TIDURNak tahan lama tak tidur malamRajin-rajinlah tidur siang. HUBUNGAN Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,Jujur dan ikhlas je!!!!
Last word: SELAMAT BERTAHAN LAMA..................sentiasa terbuka dan rasional.
SAM: Semalam aku nampak hantu! DOL: Uih! kau terkejut tak? SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. DOL: Mana kau tahu? SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
------------------------------------------------------ SAM: Aku ada AIDS? mana ada... DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak, bertambah letih lah aku!
Labour Day commemorates the struggle for an eight-hour working day. New Zealand workers were among the first in the world to claim this right when, in 1840, the carpenter Samuel Parnell won an eight-hour day in Wellington. Labour Day was first celebrated in New Zealand on 28 October 1890, when several thousand trade union members and supporters attended parades in the main centres. Government employees were given the day off to attend the parades.
The date, 28 October, marked the first anniversary of the establishment of the Maritime Council, an organisation of transport and mining unions. The fledgling union movement was decimated by defeat in a trans-Tasman Maritime Strike in late 1890 but, despite this, the first Labour Day was a huge success. In Wellington, the highlight was an appearance by the elderly Parnell, who died just a few weeks later. From the mid-1890s the union movement began to recover slowly under the Liberal government. The Liberals' industrial conciliation and arbitration system, introduced in 1894, earned New Zealand a reputation of being a 'working man's paradise' and a 'country without strikes'.
Early Labour Day parades drew huge crowds in places such as Palmerston North and Napier as well as in Auckland, Wellington, Christchurch and Dunedin. Unionists and supporters marched behind colourful banners and ornate floats, and the parades were followed by popular picnics and sports events.
These parades also had a political purpose. Although workers in some industries had long enjoyed an eight-hour day, it was not a legal entitlement. Other workers, including seamen, farm labourers, and hotel, restaurant and shop employees, still worked much longer hours. Many also endured unpleasant and sometimes dangerous working conditions. Unionists wanted the Liberals to pass legislation enforcing an eight-hour day for all workers, but the government was reluctant to antagonise the business community.
What the Liberals did do was make Labour Day a holiday. The Labour Day Act of 1899 created a statutory public holiday on the second Wednesday in October, first celebrated in 1900. The holiday was 'Mondayised' in 1910, and since then it has been held on the fourth Monday in October.
In the first decade of the 20th century industrial unrest reappeared. The Liberal government was in decline, prices were rising and the Arbitration Court was seen as reluctant to raise wages. The more militant labour movement that emerged from around 1908 rejected the Liberals' arbitration system and condemned the increasing commercialisation of Labour Day parades. Many floats advertised businesses as well as temperance organisations, theatres, circuses and patriotic causes. Some socialists promoted May Day (1 May) as an alternative celebration of workers' struggles. Although unionists and their supporters continued to hold popular gatherings and sports events, by the 1920s Labour Day had begun to decline as a public spectacle. For most New Zealanders, it was now just another holiday.
Pertamanya saya minta maaf sebab tak perasan ada komen saudara Megat Edli dalam Post saya yang bertajuk GURU JANGAN MERUNGUT? yang bertarikh 30/10/2008. Ini kerana saya jarang tengok post2 yang lama. Untuk pengetahuan pembaca, Megat Edli Faizal Abdul Halim ialah pengirim surat dalam ruangan Forum Utusan Malaysia yang bertarikh 30/10/2008.Tapi yang komen tu saya tak pasti lah samada benar2 empunya diri ataupun yang menyamar sebagai Megat.Walaubagaimanapun, saya berharap sangat agar saudara Megat terbaca komen balasa saya ini. Bila ditengok semula, rupanya ada komen yang 'panas'. Jika saya mengiakan kata2 saudara Megat, maknanya sy ni seorang yang DAYUS dan tidak menghormati profesion perguruan!! Di sini sy cuma ingin membuat rumusan kepada semua persoalan saudara. Jika saudara ingin meminta fakta dengan saya... ok, saya akan bagi.Tapi adakah kata2 saudara itu berfakta?? sudah tentu tidak, cuma berdasarkan pengalaman semata2. Pada fikiran saya, mungkin kerja saudara Megat adalah pembantu am rendah dan isteri saudara ialah jururawat.
1.Jururawat lg banyak cuti sebenarnya berbanding guru (begitu juga dengan pembantu am rendah). kalau jururawat kerja syif malam selama 2 malam berturut-turut, maka dia akan dapat cuti 1 hari. Betul tak? dah tentu lah betul sebab kakak sy pun jururawat jugak. Cuti tahunan dah 30 hari, begitu jugak dengan pembantu am rendah. Cikgu? cikgu cuma 7 hari je cuti (CRK), itu pun bukan HAK Cikgu, cuma keistimewaan sahaja (Sila rujuk pekeliling kalu nak lebih faham).Maknanya macam tak ada cuti lah, cuma atas budi bicara ketua jabatan (biasanya ketua jabatan akan luluskan, kecuali yang tak berperikemanusiaan je tak luluskan).Sebab itu ada guru terpaksa ambik MC tipu kalau ada kecemasan. Cuti hujung tahun guru dan lain2 cuti sebenarnya adalah waktu bekerja (sila rujuk pekeliling yang berkenaan), guru berhak dipanggil untuk bekerja semasa dalam cuti. Contohnya untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bertugas semasa peperiksaan (SPM/STPM) dan sebagainya (ini fakta, bukan rekaan). So, adakah guru ni makan gaji buta dalam cuti?? Hari Sabtu Megat bercuti, tapi hari Sabtu saya bekerja, jarang sangat dapat cuti pada Sabtu minggu 2,dan 4. Tak percaya tanya lah guru2 lain.
2.Atas kertas, kerja cikgu mungkin sampai jam 2.00 ptg sahaja (tapi sekolah saya pendek lagi sikit Megat, sampai jam 1.05 je). Tp di luar kertas kerja cikgu ialah 24 jam/hari. Tapi kerja Pembantu Am Rendah brapa JAM sehari?? dah tentu lah sampai JAM 4.30 p.m sahaja. Saudara ada bawak balik kerja opis saudara ke rumah? dah tentu lah tak ada, coz kerja perkeranian akan tamat di opis je dan akan bersambung keesokan harinya. Tapi cikgu tiap2 hari kena bawak balik kerja rumah pelajar dan lain2.Purata waktu mengajar guru ialah dalam 25/26 waktu seminggu (bergantung kepada sekolah dan ada yang sampai 32 waktu/seminggu). Tapi kena ingat, itu ialah WAKTU MENGAJAR SAHAJA. Apa cikgu kena buat kalau tak ada waktu mengajar? Cikgu2 ni kena siapkan kerja mereka yg lain seperti perancangan program, pengurusan fail, ABM (ABM tu alat bantu mengajar utk pengetahuan saudara),surat menyurat,dan seribu satu macam (bergantung kepada jawatan/tugas guru masing2) perkara.Tidak dinafikan ada guru yang tidak komited dalam kerja, sama juga dengan perkeranian. Bagi kerja tidak siap, lambat, curi tulang dan sebagainya...begitu juga dengan perkeranian, time kerja dok chatting, layar internet, kelur minum berjam2....biasalah tu kan.
3.Jumlah aktiviti tambahan?? Tiap2 hari adalah waktu tambahan utk. pengetahuan saudara. Misalnya, kalau saya tidak terlibat utk xtvt tambahan pada hari ini, tapi org lain terlibat. Kalau orang lain tak terlibat, maka saya mungkin terlibat. Saudara nak contohnya? Boleh...contohnya ialah guru bola kena turun latih bola, guru catur kena turun latih catur dan begitu lah seterusnya. Mungkin megat kata hari2 saya main bola!! Hari2 saya main bola!! (mungkin juga megat akan kata hari2 cikgu tidur!!)...Petikan filem kegemaran ramai P.Ramlee. hehehe. Ya, betul megat...mati budak kalo hari2 main bola. Tapi sekolah kita ni sistematik utk pengetahun megat, kita ada pelbagai program peningkatan akademik pelajar...kita ada bulan bahasa, kita ada bulan sains dan matematik, kita ada kelas tuisyen dan pelbagai lagi. So, megat seharusnya bertuah kerana anak megat sekolah di MALAYSIA dan bukannya sekolah di INDONESIA ataupun BOSNIA atapun PALISTEN ataupun INDIA. Bersyukur lah megat kerana sistem pendidikan di Malaysia masih lagi relevan.Kalau megat tak percayakan guru2 Malaysia (khususnya sekolah kebangsaan), megat hantarlah anak megat ke sekolah Cina/Tamil, tak salah...malah lagi menguntungkan dapat belajar banyak bahasa.Dan kalau anak megat dapat jadi Polis suatu hari nanti, anak megat akan dapat elaun bahasa tau...untung tu...
4.Megat nak senarai tugas? kalau saya tulis semuanya kat sini, saya yakin 120% megat akan muntah bila membacanya. Tapi utk pengetahuan megat, cikgu2 dah dibahagikan kepada sub-tugas masing2. Kita ada statistik beban tugas guru (bukan saya yang buat, pihak pentadbiran yang buat) bagi memastikan semua guru mendapat beban tugas yang seimbang.Kalau megat nak sangat tahu, bagi saya e-mail saudara megat, saya dengan rela hati dapat send beban tugas/program/aktiviti/ setiap kali dijalankan kepada saudara megat. Untuk pengetahuan saudara juga, setiap tahun KPM/JPN/PPD/Sekolah mempunyai perancangan strategik mereka sendiri (ada panjang ada pendek, yang panjang biasanya 5 tahun lah, yang pendek 1 tahun), so siapa yg kena laksana? KPM ke? ataupun Megat ke? tidak megat,kami lah yg akan melaksanakannya....kami ni ialah guru2 seluruh Malaysia!! Kami ini ialah ”YANG MENURUT PERINTAH”...guru2 yg mengajar anak megat dan megat sendiri...sebab itu megat dapat jadi pembantu am rendah, tapi kalau megat rajin berusaha sedikit dan dengar kata guru, megat dah jadi pembantu am tinggi dah, malah boleh jadi GURU KERJA LEPAK seperti yang didakwa megat kepada saya dan guru2 seluruh Malaysia.
5.Sebut pasal elaun ni, guru2 tak pernah dapat elaun pun megat, kalau guru2 dapat elaun, saya rasa saya adalah antara guru yg paling kaya!! (kaya elaun lah, bukan kaya gaji). Kenapa?? saya ni blh dikatakan tiap2 hari balik lewat, dok siapkan kerja yang bukan daripada tugas hakiki guru, tapi terpaksa buat jugak kerana kita terpaksa menerima segalanya apabila menjadi guru. Megat ada macam tu? tapi megat dapat OT kan? Malah kalau di sekolah, kerja pembantu am/ perkeranian pun cikgu yang kena buat.Contohnya, pungut yuran... siapa sebenarnya yang kena pungut yuran?? Of course megat lebih arif kan.Tapi kalu di sekolah ni, jawatan siapa paling tinggi?? Dah tentu lah kerani. Betul tak megat? Dah tentu lah betul....ini kerana guru2 memang takut kepada kerani, selalu je kena marah dengan kerani. Kalau kita marah dia balik apa akan jadi?? Macam2 boleh jadi Megat...macam2.... nak berurusan dengan kerani macam berurusan dengan Menteri2, punya lah banyak songelnya...
6. Time based guru ni 10 tahun dan dengan syarat kena lulus PTK sekurang2nya III-III baru boleh bergerak gred. Tapi kalau time based PTD brapa tahun megat? tak silap saya 5 tahun je kan? sebab itu lah PTD ni besar kepala...tak ke gitu megat? Macam megat kata kan, kesatuan kejururawatan tidak pernah mohon pergerakan gaji. Itu masalah kesatuan mereka megat, jangan tak faham pulak... Kesatuan guru ni prihatin kepada ahli mereka, sebab itu mereka mohon dan ini juga fungsinya kesatuan...kita kena faham perlembagaan kesatuan ni. Prinsip semua kesatuan semuanya sama saja megat, iaitu untuk menjaga kebajikan ahli2nya!!Saya rasa pemikiran megat terlalu kolot, cuba open mainded dan banyakkan membaca, baru lah orang pandang kepada kita. Tak guna kalau pandai cakap, tapi tak berpengetahuan...tak ubah seperti penjual ubat di kaki lima kat jalan masjid India! Betul tak Megat? Dah tentu lah betul kan....hhhmmm....
7.Mengenai guru yang diselamatkan oleh kerajaan daripada menganggur tu adalah kata2 yang penuh penghinaan megat. Walaupun saya ni bukan tergolong dalam kumpulan tersebut, tapi sebagai guru saya berhak untuk membela mereka.Untuk memohon KPLI pun ada syarat2nya megat.Bukan semua penganggur dapat diterima dalam KPLI, mesti lah yang relevan dengan subjek yang dipohonya.Tak kan lah penganggur jurusan sains politik nak jadi cikgu KPLI? Relevan ke megat??KPM pun bukannya buta sangat sampaikan semuanya nak disapu...rendah sangat ke profesion perguruan ni??
8.Untuk pengetahuan Megat, saya pakai kereta Malaysia je...kereta kecik je, sepadan dengan gaji saya.Yang megat cakap cikgu2 yang pakai kereta besar tu, megat kena tengok dulu latarbelakang dia.Kebanyakannya ada side-income. Labur sana, labur sini, tanah berekar2, isteri/suami jadi Manager...itu semua megat ambil kira ke? Terang2 saya katakan, kalau jadi cikgu ni, stakat harga kereta dalam RM100,00 tu masih lagi mampu selain daripada sebuah rumah dah seorang isteri!!. Padan lah dengan kelulusan ijazah. Tak mewah pun, cuma senang je.So, jangan kata guru minta naik gaji sebab nak bayar hutang kereta, itu satu penghinaan besar namanya.
9.Jangan dibandingkan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina.Sekolah cina hanya mendapat separuh sahaja bantuan daripada kerajaan, selebihnya kena cari punca sendiri. Dari awal2 lagi sekolah cina dibuka, ianya adalah susah, kurang bantuan daripada kerajaan dan kena berdikari...sekarang ni baru dikira OK skit.. (itu pun sebab nak menang pilihanraya). Contohnya melalui pungutan derma PIBG dan sumbangan ikhlas (nama je sumbangan ikhlas, tapi wajib bayar).Lagi satu, ibu bapa sekolah Cina biasanya kaya2, so tak jadi masalah dan menjadi kebiasaan kalau menderma RM300 – 400 setiap orang semasa mesyuarat PIBG. Megat pernah menderma berapa banyak kepada PIBG sekolah anak megat selain daripada yuran wajib PIBG?? Tak payah jawab, sebab saya tahu jawapannya Tidak Pernah!!. Nak derma RM10 pun ketaqqq tangan.... tak ke gitu?? So, lupakan dan jangan bandingkan dengan sekolah cina.
10.Sebenarnya ini hanya sebahagian daripada apa yang sebenarnya.Malah banyak lagi yang tidak tercakap oleh saya kepada saudara Megat.Usah sebut mengenai ikhlas dan lilin lah, dah tentu jauh bezanya.Profesion perguruan adalah nadi kepada jantung negara, warga pendidik yang akan menentukan hala tuju masa depan sesebuah negara.Sebab itu negara barat sangat pentingkan pendidikan, supaya mereka terus menguasai dunia!Jika Malaysia ingin menguasai dunia, segalanya bermula di sekolah, dan guru adalah tali sawatnya!!Lupikir lah sendiri… terima kasih.
* Komen penuh Megat Edli ada dalam post saya yang bertajuk GURU JANGAN MERUNGUT?
Malam tadi baru puas hati aku tengok perlawanan badminton Terbuka Switzerland apabila Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan yang lebih dikenali sebagai Super Dan itu. Dengan menang straight set ke atas Lin Dan (21-16, 21-16), aku percaya Chong Wei lebih berkeyakinan untuk bertemu dengan Lin Dan selepas ini. Berbeza dengan corak permainan Chong Wei pada minggu lepas semasa bertemu di final All England dengan Lin Dan, kali ini menampakkan perubahan apabila permainan di net Chong Wei tidak berjaya untuk ditundukkan oleh Lin Dan. Selain daripada itu, permainan akal Chong Wei juga lebih mantap dan taktik psikologi Lin Dan tidak berjaya mempengaruhi prestasi Chong Wei. Walaubagaimanapun, Chong Wei masih lagi jarang untuk melakukan smash dan hanya melakukannya semasa benar-benar memerlukan sahaja. Diharapkan agar prestasi beliau terus cemerlang selepas ini terutamanya semasa berdepan dengan Lin Dan. Tahniah kepada beliau….
P/S: Alangkah bagusnya kalau kemenangan ini adalah pada minggu lepas, iaitu semasa All England.
Dalam sehari dua ni masyarakat dok bising mengenai jumlah kemasukan pekerja asing (Bangladesh) yang akan mencecah 70,000. Sebenarnya angka itu sangat banyak jika diikutkan. Adakah Menteri Sumber Manusia (KSM) tuhu?. Sungguh malu kalau KSM sendiri pun tak tahu. Ini kerana, pengambilan pekerja asing biasanya diuruskan oleh kerajaan negeri berdasarkan kepada keperluan semasa. Walauapapun, tak kan lah sampai membelakangkan KSM? Ataupun KSM yang tak ambik tahu? Kesian pula kepada mat2 Bangladesh ni kerana ada yang dieksplotasi untuk tujuan mengaut keuntungan....nak masuk kerja di Malaysia bukannya free, kena bayar sehinggakan beribu-ribu ringgit. Ini sebenarnya didalangi oleh orang-orang atasan yang ingin mengaut keuntungan mudah dengan membuat ’labour market’. Bila masuk ditipu pulak, kerja tak ada, gaji tak dibayar. Nak ambik pekerja tempatan pulak kosnya mahal, dan anak-anak muda lebih suka bekerja di kilang daripada kerja di sektor pembinaan sedangkan kebanyakan pekerja asing ditempatkan di sektor binaan. Contohnya, semua pekerja pembinaan bangunan baru sekolah aku adalah terdiri daripada buruh Bangladesh dan Indonesia (25 orang), kepalanya sahaja warga tempatan. Dua minggu lepas mereka mogok dan tak bekerja 1 hari kerana gajinya tidak dibayar selama 4 bulan dan hanya diberi sedikit pinjaman. Kesian pulak aku tengok mereka ini. Salah siapa? Aku pun tak tahu! Sama-sama lah kita renungkan....
P/S: Jangan sampai kadar jenayah juga turut meningkat!
Gambar-gambar ini aku petik dalam akhbar Berita Harian. Ini adalah salah satu pendekatan yang baik diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu cara untuk menyedarkan orang ramai / perokok-perokok mengenai kesan bahaya merokok. Jika ditengok, memang ngeri yang teramat sangat. Sebelum ini ada juga cadangan yang akan diambil dengan memaparkan gambar-gambar sebegini pada kotak rokok, namun sampai ke hari ini aku tidak pernah nampak lagi gambar ini pada kotak rokok. Diharapkan agar Kementerian Kesihatan dapat mempercepatkan pengeluaran 'grafik edisi baru' pada semua kotak rokok di Malaysia!. Di negara Thailand misalnya, cetakan gambar kesan merokok pada kotak rokok sudah sekian lama diperkenalkan, mungkin dah berpuluh tahun. Ini kerana aku pernah melihatnya entah 4 atau 5 tahun yang lalu lagi. Ini boleh lah dikatakan psikologi kepada para perokok, mungkin dengan melihat penyakit-penyakit kesan daripada merokok ini akan sedikit sebanyak dapat menyedarkan mereka mengenai bahayanya merokok, terutamanya kepada para remaja / anak sekolah yang baru nak belajar merokok.
19-21, 12-21!. Itu lah keputusan yang diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei semasa bertemu dengan Lin Dan di final Badminton All England malam tadi.Geram, aku memang geram melihat aksi Chong Wei setiap kali bertemu dengan Lin Dan yang angkuh itu!.Chong Wei bukannya tidak boleh menang dengan Lin Dan, dengan syarat beliau perlu mengubah sedikit corak permainannya apabila bertemu dengan Lin Dan. Tidak dinafikan bahawa Chong Wei boleh menang dengan corak permainannya ketika bertemu dengan jaguh lain, tetapi tidak dengan Lin Dan!.Corak permainan Lin Dan boleh dikatakan perfect, manakala Chong Wei selalu sahaja melakukan silap apabila berlawan dengan Lin Dan. Kurang smash, itu lah kelemahan Chong Wei, manakala Lin Dan selalu sahaja melakukan smash ketika berpeluang dan selalu mendapat mata mudah dengan smash.Ketika Chong Wei melakukan smash, kebanyakannya akan memberi mata, tapi sayang aksi itu terlalu jarang dilakukan oleh Chong Wei.Beliau lebih gemar melakukan drop dan hantar bulu tangkis ke belakang sahaja sehinggakan banyak bulu tangkis yang out. Selain daripada itu, Chong Wei nampaknya selalu sahaja ingin bermain di net apabila diperangkap oleh Lin Dan walaupun permainan di netnya asyik menjadi habuan Lin Dan.Setiap kali bertemu dengan Lin Dan, sepatutnya Chong Wei boleh menang, itu lah kebenarannya.Tapi sayang, beliau selalu ’membunuh diri’ apabila berjumpa dengan Lin Dan.
P/S:Apapun, tahniah kepada Chong Wei kerana hanya beliau sahaja harapan badminton negara....
Hari ini secara rasminya sekolah aku menerima PK HEM yang baru menggantikan HEM lama yang menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Setelah hampir 3 bulan kekosongan jawatan HEM dan dipangku oleh PK Pentadbiran, akhirnya ada juga insan yang sanggup berkhidmat di sekolah aku yang agak pedalaman di dalam daerah Segamat ini. Masalah kekosongan dan pengisian jawatan ini bukan sahaja berlaku di sekolah, malah di peringkat PPD dan JPN juga berlaku...Apakah sebabnya? Aku pun tak berapa pasti, jika nak dibuat andaian, memang banyak boleh buat. Tapi secara tepatnya aku pun tak pasti. Tahun lepas hampir setahun jawatan PPD Segamat kosong dan hampir setahun juga jawatan pengetua kosong di salah sebuah sekolah dalam daerah Segamat, begitu juga dengan tuan pengarah JPN. Macam tak ada orang je yang layak, padahal berlambak yang layak, tapi kenapa lambat juga?? tepuk dada tanya selera...
P/S: Selamat bertugas di SMK Palong Timur kepada GPK HEM baru. :)
Sekarang dah masuk 2 minggu guru-guru di sekolah aku dok bercakap mengenai SKT. Masuk je ke kantin, isu ini lah yang dibahaskan sesama guru. Bermacam pendapat dan pandangan aku dengar. Pihak pentadbir pula ’terduduk’ sekejap dengan isu ini apabila ia diungkitkan dalam mesyuarat pentadbiran. Maklumlah, tembelangnya dah pecah….bau busuk tak kan hilang dengan begitu mudah!. Soalan yang dijawab pun tidak menepati kehendak soalan yang bertanya, maka faham lah aku bahawa SKT itu benar-benar tidak dinilai dengan seadil-adilnya. Aku pun tak tahu hanya berapa kerat je lagi yang menaruh kepercayaan kepada pihak pentadbiran. Mungkin orang-orang Sains sahaja yang akan percayakannya kerana hanya orang Sains yang selalu menyokongnya!. Yang lain semuanya tidak puas hati dengan markah SKT masing-masing. SKT adalah perkara sensitif, oleh itu memang patut jika ianya diperhalusi semasa membuat penilaian pada masa akan datang bagi mengelakkan kekecohan seperti ini. Dan memang patut juga jika diterangkan dari aspek apa yang dinilainya. Ada guru yang ingin menyambung pelajaran dari diploma ke ijazah, namun markah prestasinya mestilah mendapat sekurang-kurangnya 85% untuk 3 tahun berturut-turut. Tetapi malangnya, markah yang diperolehi adalah di bawah 85%. Jangan disekat hak orang lain, itu adalah periuk nasi mereka. Jika mereka berhak mendapatkannya, atas alasan apa ianya disekat??
Semasa mesyuarat guru-guru kanan (mesyuarat pentadbiran) pada minggu lepas, terdapat seorang guru yang mengungkitkan mengenai laman blog. Katanya, terdapat laman blog yang menghentam sekolah. Aku faham maksudnya, laman blog yang dimaksudkan sudah tentu lah laman blog ini. Aku cuma tersenyum sahaja bila mendengar perkara ini. Apabila beliau mengungkitkan mengenai laman blog ini, pengetua terpaksa respon dengan mengatakan “kita janganlah layan laman-laman blog begini”. Rentetan daripada itu jugaklah baru aku tahu kenapa laman blog cikgusepajo terpaksa diremove. Untuk pengetahuan pengunjung blog (terutamanya cikgu yang mengungkitkannya), saya tidak pernah menjemput anda untuk masuk ke laman blog saya, saya tidak pernah memaksa anda untuk membacanya dan saya tidak pernah menghentam sekolah. Apa yang saya tulis adalah PANDANGAN PERIBADI SAYA yang lahir melalui pemerhatian saya. Pandangan saya dengan pandangan anda mungkin berbeza…mungkin anda rasa pandangan anda benar dan pandangan saya salah....dan begitulah sebaliknya. Nama lagi pandangan, sudah tentulah berbeza untuk setiap orang. Dengan itu, adalah tersangat kelakar dan tidak profesional apabila laman blog seseorang dimasukkan ke dalam mesyuarat pentadbiran dan minitnya dicatatkan. Untuk pengetahuan anda semua juga, laman blog ini bolehlah juga dianggap sebagai diari elektronik masa kini. Apa yang ditulis adalah melalui pengalaman dan luahan saya sendiri… Saya masih ingat kata-kata ‘Along’ dulu dalam komennya di dalam Buku Pelawat laman web sekolah, bunyinya begini, “Buku pelawat adalah kemudahan untuk pengunjung laman web mengemukakan komen, cadangan, teguran dsb kepada webmaster & sekolah demi meningkatkan mutu persembahan dan kandungan laman web. Sebarang mesej, komen, kutukan dsb yg bersifat peribadi tidak sesuai dipaparkan di sini kerana buku pelawat ini adalah untuk paparan umum. Mesej untuk individu tertentu lebih baik gunakan SMS sahaja, atau wujudkan laman blog sendiri. TK”. Petikan ini masih ada dalam Buku Pelawat laman web sekolah sehingga kini. Ini kerana, pada masa laman web sekolah mula-mula diupload, ramai pengunjung yang menggunakan ruangan buku pelawat sebagai tempat untuk kutuk-mengutuk. Perkara ini amat tidak bermoral lebih-lebih lagi jika ianya ditulis oleh seorang guru!. Ini juga adalah pandangan saya secara perbadi, dan bukannya untuk menghentam Si Pengungkit ataupun sekolah! :) Harap-harap pembaca blog lebih rasional dan berfikiran terbuka. Saya sedia menerima segala komen anda dengan fikiran positif. Lu pikir lah sendiri!!
P/S: Banyakkan membaca laman blog orang lain untuk jadi open mainded.
Artikel ni sebenarnya aku nak publish sebelum cuti minggu lepas lagi, tapi talian internet rosak, so terpaksalah aku publishkan hari ini. Pada mingu akhir persekolahan sebelum cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, pihak sekolah dengan kerjasama Kelab Guru (BAKTI) telah menganjurkan program Tabung Sumbangan Palestin. Perjalanan program tersebut tidaklah memakan masa yang lama, hanya terlebih 10 minit sahaja daripada perhimpunan harian biasa. Tujuannya hanyalah untuk menginsafi diri daripada apa yang berlaku di Palestin, berdoa untuk mereka yang teraniaya di Gaza dan memohon sumbangan ikhlas daripada warga sekolah. Aku difahamkan pengetua telah diberi sekeping CD oleh PPD mengenai penderitaan di Palestin, tetapi menghadapi kesukaran untuk memaparkan kepada pelajar kerana tiada tempat yang sesuai. Oleh itu, ianya dicadangkang untuk ditayangkan kepada pelajar mengikut waktu Pendidikan Sivik dan Kenegaraan masing-masing di dalam Pusat Aksess sekolah, jadi tidak lah terlampau sesak. Ustaz Zulkarnain selaku pembaca doa amat bersemangat semasa membaca doa, mungkin ramai yang akan insaf setelah mendengar doanya…tanpa membelek sehelai teks pun, beliau dapat membaca doa dengan sangat lancar untuk sekurang-kurangnya 10 minit. Aku rasa cukup rugi kerana tidak dapat merakam beliau membaca doa, kalau tidak boleh dimuatkan ke dalam blog ini supaya semua orang dapat mendengar, cukup menusuk jiwa…dan ramai juga cikgu-cikgu perempuan yang menangis! Tahniah kepada Uztaz Zul dan mari lah kita bersama-sama membantu rakyat Palestin dengan seikhlasnya.
Semalam ramai guru yang kalut apabila mendengar permohonan cuti berganti sempena tahun baru Cina tidak diluluskan oleh PPD Segamat. Ini adalah kerana sudah ramai guru yang membeli tiket bas/ keretapi untuk balik ke kampung masing-masing setelah mendengar sekolah saya dibenarkan untuk cuti berganti. Awal tahun ini PPD meminta pihak sekolah memohon cuti berganti sekiranya hendak, tetapi setelah memohon ianya tidak diluluskan dengan alasan sekolah saya tidak mempunyai pelajar cina. Ada juga yang mengatakan bahawa PPD Segamat meminta semua sekolah memohon cuti bagi tujuan penyelarasan. Ini adalah kerana terdapat sekolah kebangsaan yang tidak sampai 100 orang pun pelajarnya (semua Melayu) diminta oleh PPD untuk memohon cuti berganti tersebut. Walaubagaimanapun, lewat tengah hari semalam sekolah dimaklumkan oleh PPD yang permohonan cuti tidak diluluskan! Bagi saya, tidak timbul sedikit pun masalah sekiranya ia diselaraskan kerana ini adalah cuti berganti, bermakna hari persekolahan tidak luak sedikitpun kerana ianya akan diganti....begitu juga dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, ianya juga berganti....
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2009 bermula. Menurut JPNJ pada tahun-tahun lepas lagi, hari pertama persekolahan mestilah telah dimulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam buku rekod mengajar mestilah mempunyai rancangan pengajaran sebagai bukti proses p&p telah bermula. Jika dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya, pada minggu pertama sesi persekolahan, proses p&p masih lagi belum bermula kerana guru-guru masih lagi sibuk dengan urusan pelajar dan minggu itu juga dikenali sebagai minggu pengurusan kelas. Sekarang ini bukannya menunjukkan guru sudah tidak sibuk kerana boleh melaksanakan p&p pada hari pertama persekolahan, tetapi ini merupakan arahan daripada pengarah dan guru terpaksa melaksanakannya walaupun penuh dengan kesibukan urusan pelajar. Ini juga menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah paling diutamakan oleh semua pihak. Pada hari ini juga, semua sekolah dalam daerah segamat akan menerima sekurang-kurangnya seorang pemantau daripada PPD dan ini termasuklah sekolah aku. Awal-awal pagi lagi sebelum perhimpunan rasmi sekolah bermula, seorang pegawai PPD sudah terpacak dalam sekolah! Semua guru sudah mula panik kerana masih ada yang belum mengambil pun buku rekod mengajar dan apatah lagi hendak menulisnya. Nasiblah siapa yang kena observe (kalau ada) selepas ini... :)
Tahun 2009 menampakkan banyak perubahan dari segi agihan jawatan kepada guru-guru di sekolah aku. Ramai cikgu-cikgu dari sesi petang ditarik untuk mengajar di sesi pagi. Walaubagaimanapun, pihak pentadbir masih belum 'cekap' untuk mengenalpasti siapa yang boleh buat kerja dan siapa yang tidak boleh buat kerja...dan siapa yang malas dan siapa yang rajin. Dengan itu, agihan bebanan mula menjadi tidak balance. Terdapat guru yang malas diberi bebanan yang sikit dan cikgu-cikgu yang boleh buat kerja diberi bebanan melampau! Sepatutnya cikgu yang malas lah diberi lebih bebanan bukannya dengan menindih guru-guru yang tersedia terbeban....dengan itu maka wujud lah ketidakpuasan kerja di kalangan guru-guru dan seterusnya menjatuhkan tahap motivasi guru. Ada juga segelintir guru yang boleh buat kerja, tetapi tidak diberi peluang untuk memegang jawatan dan dalam kontek ini, komunikasi dua hala dan komunikasi atas ke bawah amat perlu dalam kalangan pentadbir bagi mengenalpasti situasi staf di sekolah.
Muak!! Itulah kata-kata aku diawal tahun 2009 apabila mengetahui pengurus kantin aku pada penggal lepas (3 tahun) masih lagi mendapat tender untuk 1 penggal lagi (2+1). Setiap kali aku turun ke kantin untuk sarapan pagi atau makan tengah hari, itu je lah lauk dan menu setiap hari dari awal tahun ke akhir tahun, semuanya sama! Langsung tiada menu baru ataupun pendekatan baru diambil, balik2 benda sama je...dan, sekarang ini aku terpaksa lagi menghadap kantin itu. Dari segi komunikasi antara pengurus kantin dengan guru-guru, aku tidak menafikan bahawa dia memang peramah dan baik dengan guru-guru, tetapi bila difikirkan mengenai menunya, aku juga tidak menafikan bahawa menunya amat teruk! Aku juga dengar ramai guru yang marah bila tendernya masih lagi disambung. Selagi pengurusan kantin tidak menukar tukang masaknya, selagi itulah rasa muak akan ada! Contohilah kantin SK Kampung Jawa, kalau tidak bagus, tak kan dapat bertahan sehingga berbelas tahun...
Nampaknya tahun 2008 berlalu dengan pantas dan sekarang telah mula melangkah ke awal tahun 2009. Tahun demi tahun membuatkan aku menambah pengalaman baru terutamanya dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Jika ditanya apakah azam aku pada tahun 2009, sudah tentu aku ingin mempertingkatkan pengurusan aku dalam pendidikan berbanding dengan tahun yang lepas. Selamat menyambut tahun 2009!